[Kelas Fast Track] : Image & Styling Workshop 24 Sept dan 1 Okt 2016

Anda PERLU DAFTAR DAN HADIR ke kelas Fast Track Image & Styling Workshop ini JIKA..

[+] Anda suka bershopping secara online tetapi selalu saja HAMPA apabila anda dapati warna, fabrik dan gaya tidak sesuai dengan anda.

[+] Masih muda , tapi sering DIGELAR atau dipanggil ‘MAKCIK’ oleh orang yang tidak dikenali seperti di pasaraya, di kaunter-kaunter jualan Pusat Membeli Belah..

[+] Suami belikan anda hadiah tudung Naelofa atau Sugarscarf tapi anda masih lagi SETIA dengan TUDUNG BAWAL lama yang dah hampir 5 tahun tak bertukar tu

[+] Ingin belajar cara yang paling mudah untuk BERJIMAT, TETAPI masih boleh BERGAYA (tanpa rasa bersalah)

[+] Cungkil RAHSIA mereka yang sentiasa nampak MUDA,  tidak pula menggunakan bahan terlarang atau berbotox untuk cantik.

[+] Mencari jawapan kepada KEKELIRUAN PERSONALITI GAYA sebenar anda – yang kadangkala romantik, kemudian kasual, tiba-tiba suka kepada gaya dramatik pula

[+] Selalu saja stress bila nak mencari baju dan padanan yang sesuai untuk ke pejabat atau hadiri majlis. End up pakai baju yang sama, sama, sama sahaja…

Nahh…serius, banyak yang anda boleh pelajari dan praktikkan serta merta bila anda keluar sebagai peserta program saya nanti!

Bukan sahaja Fast Track tetapi ‘content’ yang sangat padat dengan STRATEGI, TIPS, TEKNIK, FORMULA yang saya ‘reinvent’ dan permudahkan lagi hasil dari pembelajaran di luar negara dan rujukan selama beberapa tahun ini.

Bayangkan anda cuma bayar serendah RM300* jika dibandingkan pelaburan saya sebanyak RM100k untuk segenggam ilmu! Ya, seratus ribu untuk mempelajari dan berkongsi semula ilmu yang saya sendiri teruja untuk share dengan semua. Tentunya berbaloi-baloi untuk belajar , betul tak ? Saya pun nak juga tengok peserta saya cantik berseri-seri!

Kelas ini akan berikan anda pendekatan sistematik (dari mula modul analisis sampai bab suai padan untuk bershopping)

… Sampai anda rasa senang saja sebenarnya nak bershopping, suai padan dan bergaya! (Husband pun dah mula tertanya-tanya, projek apa yang you all buat ni..  Asyik-asyik keluar nama Puan Emi… Puan Emi kata jangan pilih warna tu, Puan Emi kata guna cara ni… Ehem, ehem almaklumlah dah pandai memilih!)

2

Saya akan menemui anda di 2 lokasi

Empire Tower, Subang Jaya pada Sabtu , 24hb September atau Equatorial Melaka , 1hb Oktober nanti!

Harga ditawarkan adalah berdasarkan lokasi program juga jika di hotel, makan tengahari akan disediakan (pakej). Sila rujuk ruang ‘PENDAFTARAN’ di atas poster untuk mendapatkan maklumat lanjut.

3

 

3 Modul UTAMA yang anda akan pelajari dan praktikkan apabila program berakhir nanti

This slideshow requires JavaScript.

 

Seperti yang saya katakan tadi, infonya MEMANG PADAT!

Tetapi , saya juga tidak sesekali mengesyorkan kepada anda untuk mendaftarkan diri , JIKA ANDA RASAKAN…

[+] Anda tidak suka belajar , dan TIADA MASA  untuk ‘meng-improvekan diri sendiri’

[+] Pelaburan untuk ILMU itu bukan satu keperluan , malah tidak penting

[+] Anda sudahpun berjaya dan cukup bergaya , dan TAK PERLUKAN KONSULTAN seperti saya untuk mengajar

[+] Suka bershopping dan RELA MEMBAZIR (satu kepuasan , katanya!)

[+] Tak kisah NAMPAK TUA, pendapat orang lain itu ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

[+] Anda boleh dapat YURAN PENDAFTARAN yang lebih MURAH (belajar dari konsultan yang ditauliahkan di peringkat tempatan sahaja) . Tepuk dada tanya selera.

[+] Anda tidak pentingkan IMEJ , dan bagaimana anda harus tampil di khalayak ramai – ikut hati nak pakai apa sahaja.

Jom kenali PERUNDING IMEJ , ETIKET DAN WARNA PROFESIONAL anda, Puan Emi Idura ..

LOST IN STOCKHOLM-2.png

Sedikit latarbelakang mengenai beliau..

Screen Shot 2016-09-15 at 3.57.27 PM.png

OKAY, OKAY.. TEMUI SAYA NANTI DI PROGRAM WORKSHOP TU YA!

DAH, JANGAN LUPA DAFTAR SEGERA ! KLIK KLIK ..SAYA NAK DAFTAR JUGA!

Screen Shot 2016-09-15 at 4.04.54 PM.png

 

Bijak Bershopping Elak Pembaziran – Kenali Jenis Fesyen Di Pasaran!

trends.jpgDi dalam dunia fesyen, gaya dan rekaan akan sentiasa berubah-ubah. Apa yang menjadi trending musim ini , mungkin akan menjadi ‘out-dated’ pada tahun seterusnya. Malah, ada juga gaya yang tidak mampu bertahan walaupun hanya baharu sebulan ia dipasarkan. Jadi, tidak hairanlah jika seseorang itu sanggup membelanjakan gaji bulanannya dan berhutang secara kredit , semata-mata untuk tampil kekal bergaya dengan mengikuti aliran fesyen semasa tanpa arah tujuan dan objektif pembelian.

Secara peribadi , saya sangat percaya, ia juga mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan fenomena global yang dipanggil ‘selfie’ – atau ‘self-portrait of the digital age’ yang memaksa generasi muda hari ini untuk ber-‘ootd’ melalui halaman sosial media popular seperti Instagram dan Facebook untuk menunjukkan gaya dan fesyen terbaru milik mereka.

Pada masa yang sama, ia menjadi satu obses yang memakan diri sendiri, apatah lagi jika tidak dibendung dan diberi kesedaran meluas, itulah yang menyebabkan kita mendengar ramai graduan di bawah 30 tahun hari ini diisytihar muflis – sanggup membuat pinjaman bank dan menggunakan kad kredit semata-mata untuk hidup mewah dan di luar kemampuan mereka. “Kebanyakannya cenderung untuk membeli gajet terbaharu, pakaian mengikut trend , selain tujuan membeli kereta dan bayaran pinjaman perumahan”, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) , Azaddin Ngah Tasir di dalam sebuah temubual bersama media baru-baru ini.

fdc100fc9b524b3f2e874f097186fd07.jpg

Walau bagaimanapun, berbalik kepada keterujaan untuk memiliki gaya dan fesyen terbaharu di pasaran, masih boleh dikawal, jika masyarakat atau penggemar-penggemar fesyen ini mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang perbezaan antara fesyen fad, trend dan juga klasik. Malah ia boleh memberikan anda panduan secara bijak daripada terus membiarkan diri terpesona dengan fesyen semasa dan tergolong di dalam kategori mangsa fesyen.

1)     Fesyen Fad

Cara yang paling mudah untuk mengkategorikan fesyen fad ini ialah – fesyen yang tidak kekal lama. Secara lazimnya, fesyen fad ini mampu bertahan untuk semusim atau 3 bulan sahaja, tetapi ia juga mampu berakhir di dalam tempoh sesingkat sebulan! Fad ini terhasil daripada pilihan fesyen terkini. Sebagaimana cepatnya ia dikeluarkan , begitu cepat juga ia akan dilupakan atau lenyap dari pasaran. Bagi memudahkan anda mengenalpasti fesyen fad ini – suatu fesyen yang tidak pernah terlihat di pasaran, in-trend katanya , satu kegilaan ramai ! Walaupun mengenakan fesyen fad ini adakalanya menyeronokkan (kerana kelebihan pada trending semasa, rekaan terkini , jenis fabrik , warna yang menonjol dan terang), kebanyakkan masa ia merupakan satu pelaburan yang tidak berbaloi , baik dari segi kewangan mahupun masa.

2.png

2)     Trend Fesyen

Trend fesyen pula mempunyai jangka hayat yang lebih lama dari koleksi fesyen fad. Malah, ia masih boleh bertahan dari 2 hingga 4 tahun sehingga mencapai satu dekad. Perbezaan utama di antara fesyen fad dan trend fesyen ini adalah , trend mempunyai potensi pengaruh jangka-masa panjang di dalam pasaran . Di samping itu, trend sering melibatkan koleksi fesyen klasik yang telah diubah. Sebagai contoh, ada warna tertentu telah diisytiharkan sebagai sebuah ‘trend’ . Sekitar tahun 2014, warna-warna oren dan biru dikatakan telah mendapat banyak perhatian penggemar fesyen. Walau bagaimanapun, oren dan biru ini adalah warna-warna klasik; dalam erti kata lain, fesyen klasik yang telah diisytiharkan sebagai satu ‘trend’ pula.

Soalan seperti ‘Bagaimana pula hendak mengenalpasti fesyen trend ?’ , pasti bermain di fikiran anda ketika waktu ini, bukan?

Ya, fesyen trend ini adakalanya agak sukar untuk dikesan, tetapi apa yang saya boleh sarankan di sini , satu peraturan yang anda boleh pertimbangkan ketika ingin menilai bahawa sesuatu fesyen itu fesyen trend atau klasik adalah dengan bertanyakan kepada diri sendiri “Adakah saya pasti, saya masih akan sukakan fesyen ini dalam tempoh lima tahun akan datang ?” Jika jawapannya lebih kepada ya, dan ianya mungkin satu rekaan yang telahpun anda lihat berada di pasaran beberapa tahun yang lepas, tetapi diubah sedikit – kemungkinan fesyen tersebut merupakan sebuah rekaan fesyen klasik , atau pembaharuan klasik , kedua-duanya pun mampu membuatkan si pemakainya kelihatan bergaya dan hebat. Salah satu contoh fesyen trend yang boleh saya kaitkan di sini adalah fesyen turban yang sehingga kini masih popular sejak ia diperkenalkan dan diperagakan oleh penyanyi tahahair Yuna , selain YouTube vlogger terkenal dari Britain seperti Dina Tokio.

1.png

3)    Fesyen Klasik

Koleksi fesyen klasik agak sukar untuk dilupakan apatah lagi untuk kita terlepas pandang darinya. Tidak lapuk ditelan zaman , ia lebih mudah dikenalpasti. Dari segi aksesori perhiasan seperti berlian, batu permata, koleksi mutiara, ia sering menjadi peninggalan harta pusaka, turun temurun keluarga kerana potongan klasiknya juga kerana ia mempunyai nilai yang sangat tinggi, selain mampu bertahan berdekad lamanya. Atas kelebihan ini, ia juga mampu menyerlahkan penampilan seseorang individu itu , walaupun terpaksa bersaing dengan kebanjiran fesyen semasa.

Satu artikel yang menarik perhatian saya baru-baru ini, dan dikeluarkan oleh laman web marieclaire.co.uk , di mana satu kaji selidik telah dijalankan oleh pakar bag tangan vintage Baghunter, dan mereka mendapati bahawa ; di dalam 6 tahun yang lepas sahaja, nilai bag tangan Chanel telah meningkat sebanyak 70%. Ketika pertama kali, bag Chanel 2.55 flap dilancarkan pada bulan Februari 1955, harga runcitnya adalah US$220 (sekitar £154) . Pada 90-an , harganya mencecah US$1,150 (£ 810) dan hari ini harganya pasti membuatkan anda terpaku seketika, apabila ia dijual dengan harga setinggi US$4,900 atau (£ 3,493)!

Saya tidak sesekali menyarankan anda memilih fesyen klasik sebagai koleksi wardrobe anda semata-mata , tetapi bagi mereka yang berkemampuan, ia tentunya merupakan satu bentuk pelaburan jangka masa panjang yang sangat berbaloi dan sesuai digunakan walaupun berdekad lamanya. Aplikasikan strategi Price Per Wear seperti yang selalu saya sarankan , jika fesyen klasik menjadi pilihan utama anda.

3.png

Setelah mengenalpasti jenis-jenis fesyen yang ada, sudah pasti anda ingin mengetahui bagaimana pula caranya untuk memilih , menggunakan dan menyuaipadankan fesyen semasa ini agar ianya sesuai dengan personaliti anda hari ini , bukan?

Jika tidak mengikuti fesyen semasa, anda dikatakan ketinggalan zaman. Tetapi jika anda gemar kepada pakaian trendy dan memilih untuk menggayakan setiap fesyen yang dikeluarkan oleh majalah dan selebriti popular hari ini pula, berkemungkinan anda akan dilihat sebagai seseorang yang pelik atau terlalu mencuba.

Itulah sebabnya adalah penting untuk mempunyai pengetahuan asas dalam aspek penggayaan dan bagaimana menguruskan imej peribadi anda.

Trend fesyen terkini mampu meningkatkan keterujaan untuk memilikinya setiap kali ia dikeluarkan di pasaran , tetapi berubah dengan pantas pula sehingga menyebabkan kewangan kita tidak mampu untuk mengikutinya.

Jadi , bagaimana untuk memastikan anda memilih jenis fesyen ini dengan tepat ? Bagaimana pula untuk menyesuaikan diri dengan lambakan trend fesyen semasa ?

Jangan lupa!
Pastikan anda ‘follow’ blog kami dengan menekan butang ‘YES, COUNT ME IN!’ di laman utama, bagi mendapatkan strategi-strategi dan tips yang kami bakal kongsikan di artikel seterusnya!

 

Perunding Imej Emi Idura di tv program Assalamualaikum..

 

[+] Adakah anda pengikut tegar trend semasa ?

[+] Sering berbelanja tanpa membuat perancangan terlebih dahulu?

[+] Timbul rasa kecewa kerana sering membazir ?

[+] Mencari strategi terbaik untuk bershopping tanpa perlu rasa bersalah ?

 

Jangan lupa, dengarkan klip video saya di atas, di mana saya telah berkongsi 5 strategi bagaimana untuk menjadi pengguna dan pembeli yang bijak. Ya, walaupun anda berpendapatan tinggi atau rendah, itu tidak menjadi satu sebab untuk anda tidak mempraktikkan apa yang saya sarankan …

 

 

Pilihan Baju Kurung Mengikut Bentuk Badan

RandyFenoliTLC

‘Walau apa jua cabaran bentuk badan anda hari ini, percayalah – pasti akan ada pakaian yang mampu membuatkan anda kelihatan hebat!’

Kata-kata yang dilontarkan oleh Randy Fenoli, selaku Pengarah Fesyen di Kleinfeld Bridal yang terletak di Manhattan Amerika Syarikat ini , membuatkan saya terus mencapai telefon pintar untuk merakam dan mencatat nota dari nasihat diberikan beliau.

Sejujurnya ini bukanlah kali pertama saya menonton siri realiti tv ‘Say Yes To The Dress – Randy Knows Best’ , melalui saluran TLC di Astro 707 ini. Tetapi , sebagai individu yang sentiasa dahagakan ilmu , saya sangat suka mengikuti, menonton dan mempelajari bagaimana mereka yang pakar dan berjaya di dalam industri fesyen ini , memberikan nasihat dan khidmat runding kepada pelanggan dan ternyata, saya mampu tersenyum dan menarik nafas lega – dengan apa yang saya usahakan dan pelajari sehingga ke luar negara selama ini , tidaklah sia-sia.

Artikel berkenaan pilihan pakaian pengantin ? Oh tidak. Mungkin saya boleh pertimbangkan isu seperti ini untuk artikel-artikel yang akan datang. Memilih untuk meneruskan edisi khas Hari Raya sepanjang beberapa minggu ini sehingga minggu terakhir Ramadhan nanti, saya masih ingin memfokuskan kepada beberapa isu yang boleh membantu pembaca semua menjadi pengguna yang bijak , dengan menyenaraikan strategi merungkai rahsia WOW faktor anda dan teknik-teknik pengurusan imej yang ringkas walaupun saya akui bagi anda yang pertama kali membaca penulisan saya, mungkin merasakan terlalu banyak langkah-langkah yang perlu diikuti.

Khas untuk anda, bagi yang tidak jemu mengikuti artikel saya setiap Rabu di ruangan Bicara Imej dan Fesyen , minggu ini saya masih ingin menyambung strategi membeli belah sempena menyambut bulan yang mulia ini, awal Julai hadapan.

Menariknya , dalam beberapa minggu ini , saya kerap menerima soalan-soalan daripada beberapa followers media sosial dan peserta program juga klien saya yang lepas , yang ingin mendapatkan kepastian akan jenis baju yang sesuai dengan bentuk badan mereka , termasuk jenis kasut dan aksesori yang bakal menyerikan pagi Syawal nanti.

Sebenarnya , berbalik kepada rancangan realiti TV ‘Say Yes To The Dress – Randy Knows Best’ itu tadi, apa yang paling penting , ketika memilih sesuatu pakaian (selain mengenalpasti undertone anda) adalah bentuk badan seseorang individu itu sendiri. Seperti kata hosnya Randy, setiap wanita adalah istimewa – yang saya percaya, punyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Ada yang hadir dengan cabaran memiliki pinggul yang lebih menonjol dan lebar dari saiz bahunya, ada pula yang petite. Bagi yang memiliki bahagian dada yang besar , perut ‘muffin tops’ – lain pula kerenahnya. Ya , ada juga cabaran dengan pelanggan yang memiliki kaki yang panjang (berbanding dari bahagian atas pinggang) dan memilih untuk menonjolkan asetnya. Di sebalik kebolehan untuk mengetahui bentuk badan pelanggan yang hadir di kedai pengantinnya , Randy juga harus mahir untuk mengenalpasti personaliti gaya si pelanggan itu tadi. Ternyata semua itu boleh dicapai melalui pilihan jenis fabrik dan rekaan yang dipilih sehingga mereka (pelanggan itu tadi) mengatakan ‘Yes’ kepada pakaian pengantin tersebut.

Apakah harga dan jenama turut memainkan peranan di sini?

Bagi saya, apabila anda sudah mahir dengan jenis rekaan , fabrik yang terbaik untuk bentuk badan anda, harga dan jenama tidak lagi menjadi keutamaan di sini. Pastikan juga anda mengambil tahu jenis undertone terbaik anda sebagai salah satu elemen utama ketika membeli belah. Tidak saya nafikan adakalanya , barangan yang berkualiti datangnya dengan harga yang agak tinggi dari biasa. Apa lagi jika ia mempunyai jenama yang kukuh dan terkenal di pasaran. Tetapi percayalah, selagi kita mampu dan punyai masa untuk membuat perbandingan di antara pengeluar dan pengusaha yang ada, saya pasti anda akan temui sesuatu yang hebat dengan harga yang lebih rendah! Ya, sudah tentu saya berbicara atas pengalaman saya sendiri , sebagai pengguna , pemerhati fesyen , Personal Shopper dan juga atas kapasiti seorang Perunding Imej.

Baiklah, sambil-sambil kita melayan artikel ini, apa kata kita pastikan dahulu jenis bentuk badan anda ?

  1. Bentuk ‘Hourglass’ – ini merupakan bentuk paling ideal kerana mengagihkan berat sama rata antara bahagian atas dengan bawah tubuh badan seseorang. Saiz bahu dan pinggul adalah sama dengan pinggang yang lebih kecil dan ramping, mempunyai perbezaan ukuran sehingga 10inci!
  2. Bentuk ‘Ruler’ – Ibarat namanya, mereka yang berbentuk ruler tidak mempunyai bentuk pinggang ramping yang ketara seperti si ‘hourglass’. Kebanyakkan waktu ukuran bahu dan pinggul adalah sama.
  3. Bentuk ‘Pear’ – paling mudah untuk dikesan , badan yang berbentuk ‘pear’ memiliki visual pinggul yang lebih lebar dari saiz bahunya.
  4. Bentuk ‘Apple’ – Saiz pinggang yang lebih lebar dari dada dan pinggul. Menurut kajian yang dijalankan , majoriti mengatakan mereka mudah ‘naik badan’ di bahagian perut berbanding pinggul. Inilah yang membezakan si apple dan si pear apabila mencari pakaian yang sesuai.
  5. Bentuk ‘Inverted Triangle’ atau Segitiga Terbalik – Saiz bahu yang lebih lebar dari saiz pinggulnya. Mereka yang gemar bersukan seperti renang (dari sejak kecil) boleh membentuk siluet badan sebegini apabila dewasa.

Screen Shot 2016-01-27 at 3.44.05 PM

Okay, sempena artikel Edisi Raya kali ini saya akan mengfokuskan kepada pakaian tradisional kita , iaitu jenis-jenis baju kurung. Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Walaupun rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari , dengan pelbagai hiasan seperti manik, labuci , kerawang dan material baju yang bukan lagi menggunakan kain cotton (kapas) tetapi yang penting , ia masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya.

  1. Baju kurung Teluk Belanga atau Cekak Musang –Baju kurung merupakan salah satu pakaian tradisional popular, dikatakan sangat ‘versatil’, ‘evergreen’ dan sering menjadi pilihan wanita hari ini kerana selain Hari Raya, ia juga boleh digayakan pada majlis-majlis rasmi dan keramaian seperti perkahwinan. Sebenarnya walaupun baju kurung ini dianggap baju yang paling senang untuk digayakan tidak kira bentuk badan, yang paling penting adalah fabrik atau jenis materialnya, selain corak dan hiasan yang ada pada baju tersebut. Di antara strategi utama ketika mengambil kira corak , hiasan dan jenis fabrik ini adalah, dengan memastikan di manakah kekuatan (aset) dan kekurangan bentuk badan anda. Seperti contoh, jika badan anda berbentuk pear, maka kekurangan anda adalah di pinggul , dan aset anda pula di bahagian atas badan . Manakala si apple pula , asetnya pula akan bertumpu di bahagian pinggul ke bawah, dada dan perut merupakan kekurangan yang perlu ditutup . Kurangkan pemilihan dan penggunaan corak , hiasan dan jenis material yang boleh membuatkan bahagian badan yang ingin ‘ditutup’ itu tadi nampak menyerlah. Sebaliknya , biarkan ianya dengan warna-warna polos, gelap, dan sekiranya bercorak pastikan ianya sesuai dengan saiz badan anda (kecil, sederhana, besar).

baju kurung.jpg

Kurung bercorak penuh sangat ideal buat mereka yang berbentuk hourglass mahupun ruler.

Bagi yang berbentuk pear pula (gambar no.2) – pemilihan warna gelap di bahagian atas badan dan padanan corak di bahagian bawah merupakan yang paling ideal cuma hati-hati dengan rekaan di pergelangan tangan yang kelihatan separas dengan pinggul boleh membuatkan mata yang melihat akan terus memandang ke arah itu. 

Pilihan fabrik yang bersinar dan memantulkan cahaya seperti kain satin mahupun silk (gambar no.3) pula membuatkan badan si pemakainya akan kelihatan besar dari biasa… Selain itu, labuh kain sehingga melebihi paras lutut sehingga betis bukanlah strategi yang paling berkesan jika si pemakainya ingin kelihatan tinggi. 

2. Baju kurung Kedah – Dipercayai berasal dari selatan Thai , baju yang menyerupai blaus pendek , longgar dan singkat ke paras punggung, dan digayakan dengan kain seakan kain sarung. Disebabkan rekaan bajunya yang sebegini , maka saya sarankan kepada mereka yang berbentuk pear agar tidak memilih rekaan kurung Kedah kerana ia menonjolkan lagi bahagian pinggul anda bukan menyembunyikan.

kurung kedah .jpg

Bagi yang petite , kaedah skim warna monokromatik boleh membantu memberi peranan membuatkan si pemakainya kelihatan lebih tinggi (gambar no.1) 

Manakala bagi yang berbentuk pear pula, rekaan kurung kedah dengan potongan di pinggul bukanlah pilihan baju yang terbaik, terutamanya jika terdapat perbezaan pilihan warna ketara antara bahagian atas badan dan bawah. Gambar no.2 di atas masih boleh diterima , hanya kerana pilihan warna harmoni tetapi masih tidak dapat menepati objektif pemakaian – untuk kelihatan lebih kurus atau menutupi kawasan pinggul itu tadi. 

Kurung kedah kontemporari dan sentuhan moden , dengan rekaan corak di atas (gambar no.3) amat sesuai buat si ruler atau hourglass yang ingin menampilkan bentuk badan yang ramping .

3. Baju kurung Pahang – Rekaan sebegini sangat cantik dipakai untuk wanita hourglass juga berbentuk ruler kerana ia menonjolkan lagi bahagian aset (pinggang) yang ramping. Tidak salah wanita pear ingin memilih kurung Pahang ini tetapi biarlah bahagian atas bajunya diserikan dengan sedikit hiasan atau aksesori yang lebih menonjol agar mata yang melihat tidak tertumpu kepada bahagian pinggul yang besar itu tadi. Mereka yang mempunyai bahu yang lebar (inverted triangle) juga akan kelihatan lebih cantik dengan rekaan Kurung Pahang ini, tetapi pastikan juga agar bahagian bahunya tidak dilengkapi dengan sebarang padding.

kurung pahang.jpg

4. Baju kurung Peplum – Satu sahaja pesan saya buat anda – jangan terpedaya dengan rekaan seperti kurung peplum ini , yang anda anggap dan yakin bahawa jahitan pleatednya boleh menyembunyikan perut anda yang besar. Kurung peplum ini juga sangat sesuai buat si hourglass dan ruler kerana rekaannya lebih tertumpu kepada bahagian pinggang dan jahitan pleated itu sendiri bertujuan untuk menampakkan visual badan yang lebih berisi dan seimbang.

 

kurung peplum.jpg

Pilihan jenis kurung peplum (gambar no.3) di mana labuh bajunya boleh mencecah sehingga ke paras pinggul (bahagian belakang) amat tidak sesuai untuk mereka yang berbentuk apple ataupun pear. Jahitan pleated di peplum itu sendiri akan membuatkan si apple kelihatan lebih besar di bahagian perut, manakala pleated di bahagian belakang pula membuatkan mata akan memandang ke paras pinggul di mana jahitan (seam) itu berakhir. Ia bakal menyerlahkan lagi kekurangan badan anda bukan menutupinya.