Anda Mangsa Fesyen?

ImageGambar kredit kepada Majalah Hijabista keluaran October 2013

Wanita masa kini ramai yang menjadi ‘mangsa fesyen’ atau ‘fashion victim’. Pengeluar-pengeluar majalah hijab lebih obses menerbitkan artikel berkenaan muslimah dan fesyen tanpa menghiraukan kesan terhadap pembaca kini dan di masa akan datang.

Perlukah kami risau?

Well, as a true Image & Color Consultant, kami amat menitikberatkan soal cara pemakaian seseorang (baik lelaki mahupun perempuan) kerana ini akan memberi impak pandangan positif atau negatif hanya dari pertemuan 2 saat yang pertama!!! Jika anda individu yang benar-benar serius dalam kejayaan bisnes, kerjaya, mahupun pendidikan, gunakan peluang 2 saat itu untuk memberi impak maksima, tampil dengan imej yang lebih positif dan ‘confident’. Bila dilabel sebagai negatif pada 2 saat tersebut, bermaksud , anda telahpun ‘gagal’ untuk memberi service atau khidmat terbaik kepada pelanggan/potensi pelanggan, ‘gagal’ untuk meyakinkan boss bahawa anda mampu membuat sesuatu pekerjaan itu lantas kenaikan pangkat mungkin hanya akan berlaku beberapa tahun lagi atau mungkin tidak langsung. Wow, pernahkah anda terfikir , hanya dengan berketrampilan positif, segalanya mungkin terjadi ? Cuba fikir-fikirkan..

Jika anda ingin berubah, tahniah!

Okay, berbalik kepada topik mangsa fesyen di atas, secara jujur, adakah anda juga obses untuk berpakaian begitu? Fesyen tie-dye , baroque , checkered, tribal, paisley, kini amat popular dan menjadi trend dressing , malah hijab juga- tetapi sering salah digunakan.

Jom kita lihat apa pendapat Top2ToeStyliesta team

  • Penggunaan melebihi 3 warna di dalam pemakaian
  • Stail baroque skaf di atas sangat menarik, tetapi jika dilihat, saiz pattern baroque itu sendiri melebihi saiz kepala si pemakai. Bila ini terjadi, ia tidak membantu si pemakai untuk kelihatan menarik atau harmoni bila dibandingkan dengan saiz muka sendiri. Di Top2ToeStyliesta , kami akan menganalisa bentuk muka dahulu, kemudian membantu klien dengan menunjuk ajar reka bentuk dan corak mana bersesuaian dengan mereka.
  • Fesyen tie-dye hanyalah sesuai bereksperimentasi sewaktu majlis kasual atau majlis informal – birthday party, fashion show. Fesyen sebegini tidak sesuai untuk dibawa ke pejabat.
  • Pastikan penggunaan warna hijab / dressing sesuai dengan undertone anda (Warm or Cool) .  Dapatkan Personal Color Analysis session dengan Top2ToeStyliesta team!  Diskaun 50% diberikan dengan kod COLOR13.

Sebagai pengguna yang bijak, pastikan anda tampil positif berpandukan stail personaliti , warna yang sesuai dengan undertone (warna kulit) , reka bentuk dan corak yang harmoni dengan bentuk badan dan bentuk muka. Juga cara berkomunikasi dan adab/etika sosial perlu dijaga , sebagai pelengkap pakej imej anda.

Good Luck!