“SELFIE” – apa peranan anda?

Screen Shot 2014-02-27 at 8.23.31 AM

Anda suka ber’selfie’? Agak2 hari ni dah berapa post selfie di laman media sosial ya?

Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas , Top2ToeStyliesta telah dijemput untuk menjayakan satu slot Safiyya TV9 , bertempat di Media Prima, One Utama.

Screen Shot 2014-02-27 at 12.10.57 AM

Screen Shot 2014-02-19 at 10.40.06 AM

Pertama kalinya, kami dijemput untuk menjayakan satu shooting pendek dari pihak penyiaran televisyen dan membincangkan topik yang kian menjadi fenomena dunia, SELFIE!

JADI, APA ITU SELFIE?

Selfie merupakan satu terma yang merujuk kepada perbuatan mengambil potret diri sendiri (self potrait photograph) menggunakan teknologi gajet smart phone atau telefon pintar , yang kian digilai ramai pengguna , seperti iPhone, Android- tablet, webcam lalu memuat turun gambar-gambar pilihan mereka ke akaun Instagram, Facebook , Twitter dan sebagainya. Menurut artikel yang dipetik dari Huffington Post Lifestyle , dianggarkan lebih 62 juta selfie telah dimuat turun ke akaun peribadi Instagram sahaja, sehingga Disember 2013 lalu! Wahhh… menarik , bukan?

Selfie ini bukanlah sesuatu yang baru di alam fotografi , tetapi sejarah ‘selfie’ ini sebenarnya telahpun dicatat pertama kalinya pada tahun 1839 oleh seorang Ahli Kimia Philadephia, bernama Robert Cornelius.

Screen Shot 2014-02-19 at 3.58.40 PM

Pada November 2013, Oxford Dictionaries mengumumkan ‘selfie’ sebagai “Word of The Year” – atau “Perkataan Paling Popular” .  Perkataan ‘selfie’ ini pertama kalinya diguna ‘hashtag’ di akaun instagram pada 27 Januari 2011, walaupun sebenarnya ia telahpun diguna pakai di dalam sebuah forum internet , oleh seorang pemuda Australia pada tahun 2002 dengan melabel gambarnya sebagai ‘selfie’.

Screen Shot 2014-02-27 at 8.25.37 AM

SELFIE DAN IMPAKNYA KEPADA INDIVIDU

Berselfie setiap minit ? Tak pedulikan apa orang kata, asalkan hati senang?

Video paparan selfie di Safiyya Episod 7, baru-baru ini melihatkan beberapa individu yang suka berselfie – tentunya berlainan tujuan mereka, bukan?

Apa yang ingin kami tekankan di sini, menurut pandangan kami sebagai Konsultan di dalam bidang Imej (peribadi atau secara professional), berselfie ini tidak salah. Tetapi ada beberapa perkara aspek yang perlu diambil kira sebelum ber’selfie’ …

1. Tujuan ‘berselfie’ – promosi diri sendiri, produk, servis? suka-suka ?

2. Adakah ini personaliti anda yang ingin ditonjolkan?

3. Mencari publisiti murahan atau tujuan promosi?

4. Adakah ini nilai jenama personal (personal brand values) anda?  Jika mencipta kelainan, kenapa perlu stereotaip dengan orang lain?

Tanya diri anda soalan-soalan berikut :

a) Bagaimana saya ingin dilihat sebagai seorang individu yang bernama “_____” ?

b) Jika saya mewakili jenama “_____” iaitu produk keluaran saya sendiri, perlukah saya menampilkan personaliti yang menjengkelkan? Adakah ia akan memberi kesan kepada penjenamaan produk dan diri saya sendiri ?

c) Apakah komen-komen yang anda ingin dengar dari peminat tegar (followers/fans) anda , sekiranya mereka ditanyakan soalan mengenai personaliti anda (secara peribadi). Adakah anda impikan jawapan yang positif atau masih bersikap ‘tidak apa asalkan diriku bahagia” ?

SELFIE SINONIM NARSISIS?

Narsisis atau ‘narcissist’ dalam bahasa Inggerisnya yang bermaksud “perasaan cinta/suka/obses yang berlebihan pada diri sendiri”.

Istilah ini pertama kali digunakan dalam psikologi oleh Sigmund Freud dengan mengambil dari tokoh dalam mitos Yunani, Narkissos (versibahasa Latin: Narcissus), yang dikutuk sehingga ia mencintai bayangannya sendiri di kolam. Tanpa sengaja ia menjulurkan tangannya, sehingga ia tenggelam dan tumbuh bunga yang sampai sekarang disebut bunga narsis.

Sifat narsisisme sememangnya ada dalam setiap manusia sejak lahir.Narsisisme mempunyai peranan yang sihat dalam kehidupan seseorang kerana ia membantu untuk berhenti bergantung pada standard dan prestasi orang lain demi membuat dirinya bahagia. Namun apabila jumlahnya berlebihan , ia menjadi suatu kelainan keperibadian yang bersifat patologis. Kelainan keperibadian atau disebut juga penyimpangan keperibadian merupakan istilah umum untuk sejenis penyakit mental seseorang, dimana pada kondisi cara berfikir, cara memahami situasi dan kemampuan perhubungan dengan orang lain tidak berfungsi secara normal. Kondisi itu membuat seseorang memiliki sifat yang menyebabkannya merasa dan berperilaku dengan cara-cara yang menyedihkan, membatasi kemampuannya untuk memainkan peranan dalam suatu hubungan. Seseorang yang narsis biasanya memiliki rasa percaya diri yang sangat kuat, namun apabila narsisme yang dimilikinya sudah mengarah pada kelainan yang bersifat patologis, maka rasa percaya diri yang kuat tersebut dapat digolongkan sebagai bentuk rasa percaya diri yang tidak sihat, kerana hanya memandang dirinya lah yang paling hebat dari orang lain tanpa menghargai orang lain.

* Artikel “Selfie sinonim Narsisis” dipetik dan diolah dari Wikipedia dan bukan atas pandangan penulis, Top2ToeStyliesta.

NARSISISME DAN IMEJ ANDA?

Pasti yang bertanya, bagaimana pula pandangan kami mengenai Narsisisme dan Imej anda?

Jom kita lihat contoh Selfie di bawah..

Screen Shot 2014-02-27 at 1.02.09 AM

Anda setuju jika kami katakan bahawa 90% imej yang ditonjolkan di atas lebih berupa kepada sifat negatif? Atau kurang setuju?

Persoalannya -Kenapa perlu tonjolkan diri yang negatif jika kita seorang yang percaya pada diri sendiri dan mental yang positif?

Walaupun ini hanya gambar yang dipetik dari instagram (bukan bertujuan menghina tapi lebih kepada pembelajaran dan impak kepada seseorang individu) tapi secara tidak langsung , ia juga memberi kesan (impak) yang besar kepada individu yang melihat gambar tersebut buat pertama kali ! Walaupun obses untuk memberikan gambar-gambar terbaru kepada peminat atau pengikut (followers) – setiap masa, setiap jam – seboleh-bolehnya fikirkan impak gambar tersebut kepada diri sendiri sebagai individu yang ingin dihormati, dikenali sebagai seorang yang matang, profesional, yang boleh dipercayai, berkeperibadian yang bagus dan sopan..

Jangan lupa, fikirkan keselamatan anda , lokasi yang ditonjolkan seboleh-bolehnya tidak di #hashtag atau disebut sekiranya anda keseorangan sewaktu ‘berselfie’! Ini penting , terutamanya wanita-wanita, pelajar yang terlalu obses dengan ‘berselfie’ sehingga lupakan faktor keselamatan diri sendiri.

Berselfie mengikut keadaan dan tempat juga perlu di ambil kira.

Screen Shot 2014-02-27 at 8.34.58 AMInsiden ber’selfie’ Presiden Amerika, Barrack Obama bersama-sama Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt dan Perdana Menteri Britan, David Cameron ketika pengkebumian Nelson Mendela baru-baru telah menjadi topik hangat dunia di mana rata-rata merasakan perbuatan berselfie tersebut tidak kena pada tempatnya. Lihat sahaja bahasa badan Michelle Obama yang seakan-seakan kurang setuju dengan tindakan suaminya dengan tidak masuk campur , malah memandang serius ke hadapan semasa acara servis memorial ini sedang berlangsung. Ini adalah satu contoh terbaik di mana sebagai individu , kita perlu menghormati keadaan sekeliling kita, soalan seperti ‘Perlukah berselfie sekarang?’ dan “Bagaimana ia membantu imej saya secara peribadi” dan “Apa pula pandangan masyarakat selepas gambar ini dimuat turun?”

Hmmm….fikir-fikirkan!

Semoga info kali ini memberi manfaat buat semua!

Suka dengan BLOG dan ARTIKEL kami ? Jangan lupa tinggalkan email anda di halaman utama untuk mendapatkan tips-tips dan info terkini dari TOP2TOESTYLIESTA IMAGE CONSULTING!