5 Tips SHOPPING Baju Raya!

TIPS TO SHOP BAJU RAYA

Pictures of Muslimah Wear : Credits to Zalora and Fashion Valet. All rights reserved and copy of Top2ToeStyliesta Image Consulting.

Bila masuk bab SHOPPING RAYA, semua jadi tak keruan.. Last minute pun takpe, asalkan dapat harga diskaun paling best, betul tak ?

Yang berkemampuan, semua dah tersedia..mungkin awal 2-3 bulan yang lepas. Tak terkecuali juga, ada antara kita ni yang last minute shopping sebab lebih selesa memilih ‘marked down sale’ seminggu sebelum raya ..

Normally, kita dengar orang akan tanya..”Warna tema” apa tahun ni? Betul ??

So, keluarlah satu tema sedondon untuk satu family..like Abang Aaron Aziz kita ni.

Screen Shot 2014-07-23 at 3.59.58 PM

Picture Credits : Google.com

Sebenarnya bukan ‘warna tema’ saja yang main peranan..

Ada beberapa ciri yang perlu ‘diconsider’ sebelum kita decide ..‘Yes, I need that’!!

Jom, jengok-jengok 5 Tips Untuk Shopping Baju Raya!

TIPS 1 – WARNA

Tona Warna

All rights reserved and copy of Top2ToeStyliesta Image Consulting.

Ya betul tu! Warna adalah aspek yang sangat penting dalam pemilihan pakaian. Top2ToeStyliesta cadangkan pilihlah warna untuk si suami dahulu, yang kemudian untuk diri sendiri dan anak-anak.

(Kecuali…yang dah plan awal-awal supaya satu famili memakai warna yang sama..Then, move on to TIPS no 2 ya!)

Ada pula yang tanya ‘Kenapa’ ? Cuba lihat contoh variasi tona warna ‘green turquoise’ di bawah..

which green turquoise

Muslimah Wear Picture Credits : Zalora. All rights reserved and copy of Top2ToeStyliesta Image Consulting.

Setiap tona ‘green turquoise’ di atas sesuai untuk ‘undertone’ atau ‘tona di bawah warna kulit’ berbeza mengikut individu.

Satu lagi contoh seperti tona biru di bawah.. (jika pilihan anda warna biru tahun ini!)

Blue tones

Muslimah Wear Picture Credits : Zalora. All rights reserved and copy of Top2ToeStyliesta Image Consulting.

Untuk mendapatkan tona warna yang paling tepat, anda disaran menggunakan kaedah analisis warna – di mana kami akan menganalisa ‘undertone’ atau tona di bawah kulit anda secara lebih terperinci.

Secara ringkasnya, setiap individu akan tergolong di dalam 4 musim yang berbeza mengikut ‘undertone’ mereka..

COLOR ANALYSIS FOR EVERY HIJABIS

Muslimah in Hijab Picture credits : Google.com. All rights reserved and copy of Top2ToeStyliesta Image Consulting.

Pemilihan tona warna yang SALAH bukan saja membazirkan’ waktu shopping, masa tetapi juga duit yang telah dibelanjaka! Jadi…

Apa ciri-ciri warna yang salah untuk anda?

1. Anda kelihatan gelap, pucat , sakit, nampak lebih tua dari umur sebenar

2. Kelihatan eye bag , under eye dark circle yang sangat ketara

3. Apabila si pemakai kelihatan ‘tenggelam’ berbanding dengan warna pakaian yang terlalu menyerlah.

4. Badan kelihatan lebih berisi dari biasa

TIPS 2 – MENGENALI BENTUK BADAN

Tentukan bentuk badan anda.

Screen Shot 2014-07-23 at 5.30.18 PM

Picture Credits : Mynewshub.my

Setiap bentuk badan kita (wanita) adalah unik!

Pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk ‘cover’ atau ‘tonjolkan’ bahagian-bahagian badan tertentu.

Hourglass – Tahniah..Anda sangat bertuah! Sesuai dengan pelbagai design yang ada di pasaran.

Screen Shot 2014-07-24 at 9.22.32 AM

Picture Credits : Zalora

Inverted Triangle – Anda perlukan warna yang sedikit cerah dari bahagian pinggul ke bawah. Gelap di bahagian dada. Kain seperti A cut amatlah sesuai. Hati-hati juga dengan jalur (melebar membuatkan anda berisi dan menegak pula membantu untuk kelihatan tinggi, kurus)

Screen Shot 2014-07-24 at 9.32.30 AM

Picture Credits : FashionValet.com

Rectangle – Ibarat ‘ruler’ yang lurus , anda perlukan sedikit impak pada bahagian pinggang, cuba peplum dress!

Screen Shot 2014-07-23 at 6.27.43 PM

Picture Credits : Zalora

Pear – The opposite to Inverted Triangle, gunakan teknik warna baju yang lebih gelap di bahagian bawah , dan cerah di bahagian atas (dada).

Screen Shot 2014-07-24 at 9.26.46 AM

Picture Credits : MazlinulMaznan Facebook

Apple – Si Apple biasanya kelihatan besar di bahagian midriff (dari pinggang ke atas dada). Pemilihan warna gelap amat disarankan dan kain pula tidak melekat pada badan yang memberikan impression bentuk tubuh yang besar. Elakkan dari menggayakan peplum kebaya , corak bunga yang besar. Gunakan teknik berpakaian ilusi optik seperti di bawah sebagai salah satu alternatif untuk kelihatan lebih ‘fresh’ , langsing juga!

Screen Shot 2014-07-24 at 9.07.01 AM

Picture Credits : Zalora

TIPS 3  – DESIGN PADA BAJU KURUNG/KEBAYA/JUBAH (khas untuk wanita)

Tapi sebelum tu , tanya soalan ini dahulu :-    

1. Apakah yang saya cuba tonjolkan, sembunyikan ?

2. Saya nak nampak kurus, tinggi ATAU nak nampak sedikit berisi (sebab baru lepas puasa la katakan!)

Jawapan :

Jika hendak tonjolkan bentuk badan yang langsing, nak nampak tinggi dan kurus gunakan design seperti ini..

slim and tall 2

Photo Credits : Zalora, Google and FashionValet

Jawapan : Untuk nampak sedikit berisi , fokus pada jalur kain, corak bunga..

design to make you wider

Picture Credits : Zalora and FashionValet

TIPS 4 : JENIS FABRIK  (Muted or Shiny?)

1.Fabrik jenis lace, satin, silk  – membuatkan si pemakai nampak ‘berisi’ disebabkan tekstur fabriknya  (anything that is shiny like satin/silk, airy like laces, chunky fabric will add bulk to the wearer!)

2.Fabrik cotton, jersey lycra , lycra , cotton rayon, polyster, polybend atau polybend crepe pula, membantu ‘menguruskan’ badan anda!

Ringkasnya, kain yang berkilat , kain renda (lace) , kain yang berat dan tebal akan membuatkan si pemakai nampak berisi.

Manakala, kain yang ‘muted’ atau ‘mati’ secara tidak langsung memberi impak – badan yang kurus!

TIPS 5 : KUALITI vs KUANTITI vs HARGA

Secara peribadi, kami amat menitikberatkan kualiti berbanding kuantiti, tapi bijaklah berbelanja dalam shopping2 nanti ya!

Secara logiknya, kain yang berkualiti akan tahan lebih lama. Bagi yang tak mempunyai masalah berat badan (agak mantain), membeli kain yang berkualiti sangat untung kerana boleh diguna pakai lagi untuk tahun2 yang akan datang.

Di Top2ToeStyliesta, selain kualiti , kami pastikan harga ditawarkan berpadanan dengan fabrik. Clearance sale seperti seminggu sebelum raya – satu ‘acara’ yang tak boleh dilepaskan!

Screen Shot 2014-07-24 at 1.28.14 PM

Photo Credits : Jovian Mandagie Facebook

Bagaimanapun tepuklah dada , tanya selera!

Selera poket dan jangan lupa tanya suami ya, he would be your best critics!

xoxo

Top2ToeStyliesta Image Consulting