Khidmat Perunding Imej dan Penjenamaan Imej Peribadi

2013-08-19 14.21.41

Ramai yang beranggapan Perunding Imej hanya mampu memberikan khidmat runding secara luaran , lebih kepada ‘kecantikan’ diri dan sinonim dengan ‘wanita’ sahaja.

Malah ada juga yang masih beranggapan bahawa penjagaan imej adalah satu rutin yang sangat membosankan , old fashion , hanya untuk golongan kaya dan tertentu, mak-mak Datin , VIP , mereka yang berada di kalangan ahli korporat, ahli politik dan selebriti.

Sebelum menceburkan diri di dalam bidang ini, tak dinafikan saya juga berpendapat seperti anda. Tetapi persepsi saya bertukar 360 darjah malah lebih berkobar-kobar untuk meneruskan bidang yang kurang mendapat tempat di Malaysia ini kerana terlalu banyak ‘loop holes’ dan kekurangan (dari segi pengetahuan dan kesedaran) di kalangan masyarakat kita hari ini.
Baik lelaki mahupun wanita, tidak kira umur, bidang pekerjaan, industri, latarbelakang – ramai yang berpendapat bahawa (hard skills) skil teknikal adalah lebih penting dari soft skills ataupun diterjemah dalam bahasa melayu sebagai ‘skil insaniah’ (menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka).

Selama 17 tahun berpengalaman bekerja , bermula di syarikat penerbangan di mana memerlukan skil komunikasi dan khidmat pelanggan yang baik, kemudian di syarikat-syarikat IT berstatus MSC dan ‘multinational’ di mana skil bekerja dengan ‘expatriates’ amatlah penting kerana berlainan budaya dan cara bekerja ; dan kemudian di syarikat pelaburan GLC yang kebanyakkannya ahli profesional – tidak dinafikan selain mengkehendaki skil teknikal dan latarbelakang yang bagus, kebolehan soft skill seperti skil berkomunikasi dengan baik, kerja secara berpasukan, keupayaan sebagai pemimpin, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah secara keusahawanan, banyak organisasi malah individu hari ini , baik yang masih bekerja makan gaji atau membuka perniagaan sendiri …yang tidak mengetahui pentingnya penjagaan/pengurusan ‘imej peribadi’ ataupun Personal Image Management dan besar impaknya kepada pembangunan sahsiah diri , perhubungan, kerjaya, kecemerlangan di dalam perniagaan dan juga penjenamaan diri (atau personal branding).

Screen Shot 2014-12-22 at 6.38.50 PM

Kenapa Top2ToeStyliesta Image Consulting?

Konsultan kami diakreditasi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Institut imej terkemuka , London Image Institute dan pensijilan sebagai Perunding Imej dan Warna Profesional ditauliahkan oleh Imej Master Dunia, Puan Lynne Henderson Marks , juga selaku Presiden London Image Institute, berpusat di Atlanta ,Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Kolaborasi bersama IITTI (Institute of Image Training and Testing International) berpengkalan di Vancouver, Canada.

Di Top2ToeStyliesta, Konsultan kami merupakan Associate pertama IITTI, juga merangkap Perunding Imej pertama mewakili Malaysia dalam usahasama memberikan lebih banyak kesedaran kepentingan Penjenamaan Imej Peribadi (Personal Image Branding) melalui latihan dan program ditawarkan untuk membantu organisasi-organisasi kerajaan, korporat, Institut Pengajian Tinggi malah individu profesional dan bukan profesional demi melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai ‘kredibiliti’, profesional , berkeyakinan dan disegani di mata dunia.

Screen Shot 2014-12-22 at 7.47.06 PM Screen Shot 2014-12-22 at 7.49.17 PM

Kenapa IITTI dan bukan institut / akademi tempatan?

Melihat kepada senario industri latihan perunding imej Malaysia, ramai di antara pelatih atau perunding imej yang tidak diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa (contoh Association of Image Consultant International dari Amerika Syarikat) malah sijil mereka dikeluarkan oleh pusat latihan yang tidak ditauliahkan dan modul yang tidak mengikut standard internasional. Dengan IITTI, setiap program dikelolakan oleh Perunding Imej mereka, adalah mengikut garis panduan dan standard antarabangsa yang dikawal dan mengikut piawaian ditetapkan oleh pakar-pakar imej dan etiket master dunia.

IITTI merupakan organisasi bukan profit, bertindak sebagai badan ISO kepada semua program Korporat Imej dan Etiket dunia. 

Tujuan kolaborasi bersama IITTI adalah tidak lain ingin menaikkan lagi kredibiliti rakyat Malaysia supaya mereka dilihat bertaraf antarabangsa malah boleh bersaing secara sihat di peringkat global.

Screen Shot 2014-12-22 at 7.48.59 PM

Screen Shot 2014-12-22 at 7.49.35 PM

Kenapa Penjagaan/Pengurusan Imej Peribadi?

Sebagai seorang individu, tidak kira umur, latarbelakang, bidang pekerjaan, gaya hidup, industri – penjagaan imej peribadi adalah penting kerana ia membantu meningkatkan kredibiliti , lebih berkeyakinan, dihormati, lebih profesional dan berpenampilan positif sebagai seorang individu. Pengurusan Imej Peribadi juga adalah ‘soft skills’ yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak dan bukan dipandang ringan kerana imej (penampilan diri, tatarias dan penjagaan kebersihan diri) , setiap individu akan dinilai terlebih dahulu (55%) berbanding tingkah laku , etiket (38%) dan komunikasi (lisan dan bukan lisan) sebanyak 7%. Melalui program latihan dan kesedaran yang dianjurkan , ia dapat membantu lebih ramai individu Malaysia ke arah penambahbaikan imej kendiri , insyaaAllah baik di arena industri tempatan mahupun secara antarabangsa.

Screen Shot 2014-12-01 at 4.33.46 PM