World Hijab Day 2015 Kuala Lumpur

Screen Shot 2015-01-26 at 7.22.51 PM

World Hijab Day 2015

World Hijab Day diperkenalkan semenjak tahun 2013 , di mana pengasasnya Puan Nazma Khan yang berasal dari Bronx, New York – sering didiskriminasi oleh rakan-rakan sekolahnya kerana ‘hijab’ . Beliau sering diherdik dan dipanggil panggilan seperti “Ninja” , “Batman” , “Osama bin Laden” dan sebagainya. Disebabkan tekanan persekitaran yang terlalu hebat, Puan Nazma bertekad untuk memberi kesedaran kepada dunia dan memperkenalkan Hari Hijab Sedunia buat pertama kalinya pada tahun 2013. World Hijab Day atau Hari Hijab Sedunia direka semata-mata untuk mengatasi kontroversi ini – untuk menggalakkan lagi wanita Islam (tidak berhijab) dan bukan Islam untuk merasai pengalaman berhijab sebagai usaha memupuk persefahaman dan toleransi agama secara global.

Kini pada 1 Februari 2015, World Hjab Day telah berjaya dianjurkan di 140 buah negara dengan misi untuk menghimpunkan lebih 10 juta peserta pada hari tersebut.
WHD 2015
Alhamdulillah di Malaysia, walaupun dengan kekangan waktu , sumber (resources), dan rakan kolaborasi – sebagai Duta World Hijab Day (WHD) Kuala Lumpur , kami hampir-hampir menarik diri dari menganjurkan  program WHD pada tahun ini , tapi Allah swt memudahkan segalanya. Sesuatu yang tidak dijangka! Allahuakbar..

Sidang Akhbar World Hijab Day 2015 bertempat di The Apartment , Suria KLCC

World Hijab Day bukanlah satu bentuk ibadah tetapi salah satu cara yang terbaik untuk mewujudkan kesedaran dunia mengenai isu yang sering diserang secara tidak ‘adil’ terutamanya di negara-negara Barat – Mufti Ismail Menk

Hari Hijab Sedunia atau World Hijab Day adalah satu bentuk program dan pergerakan yang penting dalam membantu menyebarkan keamanan dan kesedaran tentang keindahan berhijab (kesederhanaan dan kesopanan wanita Muslimah) . Kepada saudara Islam di luar sana yang ingin mengambil langkah pertama dalam memakai hijab, semoga ia menjadi selama-lamanya bukan untuk sehari dua atau beberapa jam cuma, Insya-Allah, dan kepada saudara bukan Islam , kami mengalu-alukan anda untuk merasai pengalaman berhijab selama sehari. Kami mahu dunia melihat dan memahami bahawa dengan memakai hijab, ia bukannya menindas, tetapi lebih kepada kebebasan bersuara menegakkan Syiar Islam kita sebagai Muslimah (wanita Islam). “

Salah seorang peserta dipakaikan hijab untuk merasai pengalaman satu hari berhijab..

Peserta dari Denmark , Emma Hoegh Amldal ini dipakaikan hijab oleh rakan sekerja kami, Nur Elisa dan beliau kelihatan tenang dan bersahaja sepanjang program berlangsung.

Duta World Hijab Day Kuala Lumpur , Puan Emi Idura diwawancara oleh wartawan dari RTM TV1 dan TV Al Hijrah

Sesi pengenalan oleh krew Hijab2Go dan Hijab2Go Stellas, Mizz Nina dan juga Duta World Hijab Day 2015, Puan Emi Idura.

Mizz Nina membantu para peserta untuk menggayakan hijab

Perjuangan saya sebagai Duta World Hijab Day (secara tepatnya jawatan ini disandang secara sukarela) bukanlah mencari glamour , tapi lebih kepada ‘dakwah kecil’ yang mampu saya lakukan sebagai hamba Allah swt yang sentiasa di dalam kekhilafan. Berhijab adalah satu keputusan yang paling sukar buat saya selepas selama 33 tahun tidak berhijab (free hair) … maka ini juga adalah salah satu ‘perjuangan peribadi’ untuk memberikan peluang kepada Muslimah (tidak berhijab) untuk mencuba pengalaman berhijab untuk satu hari istimewa ini… Alhamdulillah.

Duta World Hijab Day diwawancara di RTM TV1 Berita Jam 8

Artikel disiarkan oleh akhbar-akhbar Malaysia 

Screen Shot 2015-02-04 at 6.12.41 PM

Screen Shot 2015-02-04 at 6.20.21 PM Screen Shot 2015-02-04 at 6.18.27 PM

Program World Hijab Day 2015 juga mendapat liputan meluas daripada barisan media elektronik berikut :

Screen Shot 2015-02-08 at 12.45.17 AM

Saksikan video rakaman Duta World Hijab Day 2015 mewakili Kuala Lumpur, Puan Emi Idura diwawancara oleh RTM TV1 dan Al Hijrah..

Hari Hijab Sedunia 2015 Kuala Lumpur