Raikan Rona Pastel Pantone 2016

 

1Masih mencari-cari inspirasi menjelang tahun baru 2016 ??!

Kepada penggemar rona-rona pastel biru Serenity juga pink Rose Quartz , pastinya akan teruja dengan pengumuman Institut Warna Pantone (Pantone Color Institute) baru-baru ini, yang telah secara rasminya memilih 2 rona lembut ini sebagai warna tahun baru 2016!

5

Pemilihan kali ini agak janggal bagi pengeluar warna terkenal global ini kerana lebih 16 tahun sejak Color of the Year ini diperkenalkan, inilah pertama kali Institut ini memilih 2 warna sekaligus sebagai warna tahunan mereka. Ya, Serenity (Pantone 15-3919) dan juga Rose Quartz (Pantone 13-1520) menggantikan Marsala tahun ini (Pantone 18-1438).

Mengikut Pengarah Eksekutifnya, Leatrice Eiseman, kedua warna harmoni ini dipilih bagi mewakili simbol ‘kesejahteraan’ (fizikal, kesihatan mental) juga ‘ketenangan’ (fikiran dan jiwa) , dua perkara yang sangat diperlukan oleh masyarakat kita pada hari ini. Tidak memeranjatkan apabila pereka fesyen terkenal dunia seperti Emilio Pucci, BCBG, telahpun memperkenalkan rona-rona pastel Serenity dan Rose Quartz ini di pentas peragaan runway New York Fashion Week sempena koleksi musim luruh/panas 2016 bulan Oktober baru-baru ini.

Rata-rata di seluruh dunia mengalami kekeliruan dalam klasifikasi ‘jantina’ apabila dikaitkan dengan fesyen , di mana ia telah memberi impak kepada trend warna sebahagian besar bidang reka bentuk dan fesyen. Pendekatan lebih unilateral kepada pengumuman warna Pantone 2016 ini adalah bersesuaian dengan pergerakan masyarakat untuk kesaksamaan jantina (gender equality) juga ‘sifat berubah-ubah’ (fluidity). Pengguna hari ini lebih selesa menggunakan warna sebagai cara untuk meluahkan ‘mood’ mereka , sebuah  generasi yang tidak begitu perihatin jika mereka diadili atau dilabel ‘stereotaip’ , juga kerana pendedahan kepada dunia digital dan informasi di dalam tangan yang membuka mata mereka di dalam penggunaan warna di dalam kehidupan.

Kekeliruan di kalangan industri fesyen ini jugalah yang membuatkan Pantone Color Institute ini memilih Serenity dan Rose Quartz sebagai simbolik kepada kesaksamaan jantina (gender equality) . Palet harmoni ini akan mewarnai kebanyakkan industri tekstil, fesyen, kecantikan, hiasan rumah, reka bentuk perindustrian juga grafik dan pembungkusan produk. Ternyata, jenama gergasi besar seperti Apple telahpun mendahului dengan memperkenalkan Apple 6S Rose Gold yang seakan-akan rona Rose Quartz Pantone 2016! Sesuatu yang menarik, bukan ?

2

Rose Quartz rona pink lembut penuh meyakinkan, memberikan efek ‘kasih sayang’ dan ketenangan. Manakala Serenity pula menenangkan , dengan membawa efek santai dan bersahaja walaupun di dalam situasi tegang.

Sebagai Perunding Imej dan pemerhati fesyen di Malaysia, saya melihat kedua rona ini akan menjadi ledakan di pasaran busana-busana Muslimah dan kecantikan menjelang awal 2016 ini.

Kepada pereka fesyen, konsultan kecantikan , pemilik busana Muslimah, busana pengantin, pereka hiasan dalaman , cake artist, pencinta koleksi barangan dapur dan barangan vintage, pengeluar perabot, dan tekstil – jadikan Pantone Color of the Year sebagai inspirasi anda sepanjang tahun 2016!

3

Penggunaan warna Serenity dan Rose Quartz di dalam barangan dapur juga pembuatan kek dan pastri.

4

Seni reka bentuk dan hiasan dalam rumah terserlah dengan warna-warna pastel menghiasi ruang.