Padanan Achromatic Gaya Klasik Dramatik

Holidays!

Hitam putih kehidupan.

Begitu jugalah warna yang melengkapi kebanyakkan ‘wardrobe’ mereka yang berpersonaliti klasik ini . Seperti semua, saya juga antara peminat rona-rona ‘Black and White’ , yang merujuk kepada skim warna ‘achromatic’ atau akromatik dalam bahasa Melayunya.

Skim warna achromatic ini lebih merujuk kepada – sifat tidak berwarna, seperti putih , hitam ATAU warna yang dihasilkan daripada campuran putih dengan hitam , iaitu kelabu.

tjhggsr

Ia juga sebahagian daripada warna-warna neutral –

Screen Shot 2015-12-18 at 4.27.31 PM

Manakala warna-warna monochromatic atau ‘monokromatik’ pula, merujuk kepada satu ‘warna/rona baru’ yang terhasil daripada proses campuran warna asli di dalam roda warna dengan warna hitam, putih atau kelabu.

Campuran warna asli + warna putih dipanggil = tint

Campuran warna asli + warna hitam dipanggil = shade

Campuran warna asli + warna kelabu dipanggil = tone

Lihat contoh di bawah

Print

Roda Warna terdiri daripada 3 kumpulan warna – warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Hues (Pure Color atau Warna Asli ) merujuk kepada warna-warna yang terhasil daripada gabungan 3 kumpulan warna ini.

Contoh apabila sesuatu warna kuning (warna asli di dalam roda warna) itu ditambah nilai – menggunakan warna putih, kelabu dan hitam..

IMG-3-–-hue-tint-shade-tone

Mudah bukan ?

Saya agak kurang pasti kenapa kebanyakkan blogger dan pemilik busana Muslimah / bukan Muslimah hari ini , juga pereka fesyen di luar sana masih menggunakan istilah monokromatik ini untuk merujuk kepada pemakaian warna hitam dan putih mereka , bukan akromatik. Diharap basic info seperti di atas dapat membantu semua untuk merujuk kepada ‘istilah’ yang ‘sebenar’ dan lebih ‘tepat’.

Bergaya dengan rona-rona Black & White??

Untuk artikel kali ini , jom saya kongsikan 4 tips ringkas seperti di bawah..

1.Mixing prints with prints – ya, tidak salah mixing prints with prints! Yang dikatakan menjadi ‘mangsa fesyen’ adalah apabila anda menggabungkan prints dan warna yang berlainan (top and bottom).

2 TIPS PENGGAYAAN PRINTS + COLOR YANG PERLU ANDA TAHU

  • Prints yang sama (top and bottom)  – boleh  dipadankan dengan warna yang berlainan (top and bottom)

ATAU

  • Kalau prints berlainan – pastikan ia menggunakan warna yang sama

2.Pilihan aksesori sebagai penyeri – kasut anda! 

Bagaimana memilih warna kasut bagi menaikkan seri penampilan? Yang paling mudah, lihat warna terakhir pada hujung kelim kain anda (hem skirt or pants) – adakah ianya warna hitam ? Putih ? Pilihla warna kasut yang paling hampir dengan warna kelim itu tadi . Percayalah ia akan nampak lebih senada dengan penampilan anda nanti.

3.Jalur pada rekaan baju vs Jenis bentuk badan – ada 3 perkara yang anda perlu tahu (atau mungkin sudah tahu, tapi tidak dipraktikkan?!)

Jalur menegak – membantu anda nampak lebih tinggi , kurus dan slim

Jalur melintang – membuatkan badan anda lebih lebar (besar dari saiz yang biasa)

Jalur diagonal atau ‘serong’ – memberikan 2 efek yang berbeza bergantung kepada kedudukannya yang lebih menegak atau melintang. Jalur diagonal yang pendek dan lebih melintang, menghasilkan ilusi ‘kelebaran’. Manakala jalur diagonal yang panjang dan sedikit menegak , ia memberikan ilusi  badan yang lebih langsing.

Solusinya?

Apabila bershopping, pilihla jalur (rekaan baju) tersebut, secara bijak. Kerana pilihan jalur yang salah akan membuatkan anda lebih ‘besar’ dari biasa! Kalau berat sudah 60kg , secara visualnya , anda akan nampak seperti 65-70 kilo!

4.Gabungan gaya klasik dan trendy – menghasilkan personaliti klasik dramatik! Jika anda di antara mereka yang gemar mengikuti trend semasa, gemar kepada prints besar seperti chevron, floral , polka dots di atas (satu ciri-ciri wanita Dramatik) –  ia memberikan satu tanggapan bahawa anda seorang individu yang penuh berkeyakinan,  berdikari, suka kepada ‘glamour’ dan sangat suka bereksperimen dengan gaya.

Bukan itu sahaja, pemilihan skala corak pada rekaan juga memainkan peranan untuk membuatkan anda bertambah kecil, kurus, besar, lebar ..dan sebagainya.

Jom, workshop saya di bulan Januari 2016 ini masih terbuka untuk pendaftaran! Hanya 10 seat bagi setiap workshop kerana ini merupakan workshop tertutup dan setiap peserta akan dianalisa secara peribadi.

Jika berminat, cepat-cepat PM di +012 9023625!