10 Rahsia Wanita Bergaya Anggun dan Mewah

Saya cukup gemarkan petikan fesyen dari Anna Wintour , selaku Ketua Pengarang terkenal American Vogue ini – “If you can’t be better than your competition, just dress better!” yang bermaksud “Jika anda tidak mampu untuk menjadi lebih baik dari pesaing anda hari ini, tampil lah dengan pemakaian yang lebih hebat!”

anna wintour quotes2

Bagaimana, anda setuju ?

Tanpa kita sedari, penampilan kita sering menjadi tumpuan utama di mana sahaja kita berada. Ia merupakan tanggapan pertama orang ramai terhadap diri kita, walaupun pepatah lama mengatakan ‘don’t judge the book by it’s cover’. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari beranggapan positif atau negatif terhadap seseorang individu itu , sebaik 30 saat pertama , pertemuan berlaku. Inilah yang dikatakan sains di sebalik tanggapan pertama!

Ya, minggu ini ingin saya kongsikan sedikit tip rahsia wanita yang sentiasa bergaya anggun dan kelihatan mewah. Bukan, saya bukannya menggalakkan pembaca semua untuk membelanjakan gaji bulanan anda , semata-mata ingin bergaya mewah. Sebaliknya , penting untuk seseorang individu itu untuk mengambil berat akan penampilan diri mereka hari ini untuk tampil lebih anggun dan positif, penuh berkeyakinan agar diri mereka lebih dihormati, diyakini, dilihat sebagai seorang yang mempunyai kredibiliti juga profesional ! Penting jika anda sentiasa berurusan dengan orang ramai , ketua di jabatan, pelanggan baru juga pelabur berpotensi yang mungkin berminat untuk membeli produk, servis juga skil yang anda tawarkan .

Berikut merupakan inspirasi gaya yang saya perolehi daripada majalah-majalah fesyen terkenal dunia, seperti Vogue, Marie Claire, Harpers Bazaar , InStyle, Elle dan sebagainya. Dan saya kumpulkan beberapa tip yang menarik untuk membuatkan pakaian anda kelihatan mewah, walaupun sebenarnya tidak! Yang penting, segalanya boleh bermula dengan apa yang anda miliki di dalam ‘wardrobe’ hari ini!

Pastikan kemasan baju, cantik terletak di badan – Ya, dapatkan perkhidmatan tailor jika perlu! Kebanyakkan dari kita hari ini mempunyai cabaran apabila membeli terus dari rak pakaian pusat membeli belah. Di antara sebabnya adalah kerana bentuk badan yang kurang ideal (seperti bentuk badan pir, epal, segitiga terbalik ) yang menyebabkan pembeli terpaksa membeli saiz yang berlainan , seperti saiz M untuk baju dan L pula untuk seluar atau skirt. Tetapi cabaran lain pula berlaku, jika pembeli tidak dibenarkan untuk membeli saiz yang berlainan pada waktu yang sama. Di antara penilaian negatif orang ramai terhadap kita apabila tidak mengenakan baju yang kemas (dari segi potongan dan jahitan) adalah, kita nampak selekeh dan ‘malas’ untuk menjaga diri sendiri.

tailoring-services--714x230

Pastikan baju anda sentiasa digosok – percaya atau tidak , ramai rupanya yang malas menggosok baju ni! Ia merupakan cabaran utama bagi mereka yang berpersonaliti kasual dan lebih kepada ‘sporty person’. Kebanyakkan dari mereka yang tergolong dalam personaliti ini, mengikut kaji selidik yang saya lakukan, mereka tidak gemar untuk menggosok baju. Percayalah , dengan hanya meluangkan 5 minit setiap pagi untuk stim baju atau menggosok pakaian anda, ia sangat membantu untuk menaikkan keyakinan diri apabila memakainya apatah lagi kredibiliti anda sebagai individu.

Penggunaan fesyen aksesori – ya, tampil mewah dengan menambahkan seri penampilan anda dengan padanan fesyen aksesori seperti ‘gold’ atau ‘silver’. Rekaan berstruktur, seperti bag atau aksesori rantai , atau kasut dengan sedikit kemasan gold, ibarat seperti anda baru melangkah keluar dari sesi photoshoot majalah!

Kasut pelengkap gaya – tidak lengkap rasanya gaya anda tanpa kasut yang sesuai dengan personaliti dan fesyen yang ditampilkan. Ini merupakan ‘fashion and workplace faux pas’ ataupun ‘kesalahan berfesyen dan kesalahan bergaya di tempat kerja’ yang biasa saya lihat – baik mereka yang bergaya secara kasual mahupun profesional. Amat penting untuk menyesuaikan kasut dengan personaliti yang anda tonjolkan – agar tiada konflik gaya di situ. Contoh ringkas, jika anda memilih dres labuh polka dot berkain chiffon lembut – secara visualnya menunjukkan anda begitu feminin dan sopan ‘ladylike’. Jika dipadankan dengan kasut sneakers contohnya, secara automatik ia menunjukkan anda sebenarnya agak kurang pasti dengan personaliti gaya (style personality ) anda hari ini.

Aksesori padankan kasut dan bag tangan anda. Apapun, sebagai pemerhati fesyen dan Perunding Imej , saya rasakan tip ini jarang lagi dipraktikkan, malah boleh fleksibel dengan menyuaipadankan warna beg tangan anda dengan warna yang terdapat pada pakaian anda. Padankan dengan warna yang paling sedikit pada baju untuk menaikkan seri penampilan. Sebaliknya pula, hanya akan menenggelamkan bag tangan anda yang berharga ribuan ringgit itu.

Hargai kecantikan peribadi anda – nak tahu rahsia mereka yang berusia tapi masih kekal cantik ? Ya, pastikan anda menjaga rapi rambut juga mengenakan solekan yang sesuai mengikut majlis. Bagi yang berhijab, rambut anda masih mahkota peribadi anda. Jangan abaikan penjagaan dan kebersihan diri ini walaupun mungkin anda rasa , ia tidak lagi dipertontonkan di khalayak ramai. Mengikut sebuah artikel yang saya baca di majalah Forbes, ia mengatakan bahawa “wanita yang mengenakan solekan lebih berpengaruh, mudah dipercayai, dianggap cekap dan juga berwibawa”. Malah menurut satu kajian oleh American Economic Review pula , ia mengatakan bahawa ; wanita yang bersolek di tempat kerja kebiasaannya mendapat 30 peratus lebih gaji daripada pekerja yang tidak mengenakan solekan langsung.

Warna baju yang senada – bukan sahaja ia membantu anda kelihatan lebih tinggi dari biasa (secara visualnya) , tetapi penggunaan teknik monokromatik ini membantu anda untuk dilihat sebagai seorang yang ‘teliti’ dalam gaya. Hati-hati juga apabila memilih warna senada, kerana penggunaan warna yang terang (seperti putih atau pastel secara keseluruhannya) pada badan berbentuk epal dan pir akan membuatkan si pemakai akan bertambah lebih besar dan lebar pula.

Elakkan penggunaan ‘print’ kecuali ‘leopard’ – rujuk keluaran artikel saya sebelum ini berkenaan ‘kapsul wardrobe’ , di mana pemilihan fesyen klasik akan memberikan gaya yang lebih versatil dan tidak ditelan zaman jika dibandingkan dengan gaya trendy. Pemilihan print selain leopard hanya akan bertahan beberapa tahun sahaja sebelum print dan gaya baru muncul pada tahun berikutnya. Padankan gaya trendy leopard itu tadi bersama pakaian klasik anda untuk memberikan sentuhan segar dan kelihatan mahal.

Layering (menambah lapisan baju) – ini merupakan fesyen in-trend di luar negara , di mana penggunaan teknik ‘layering’ pada baju sedia ada iaitu dengan menambah satu lagi lapisan di luar seperti jaket, ‘trench coat’, skaf panjang dililit berbentuk ‘U’ di leher sehingga melepasi bahagian pinggul, ‘sweater’, kot tanpa lengan dan sebagainya. Walaupun ia tidak begitu popular di Malaysia, mungkin juga kerana faktor cuaca negara kita yang agak panas , tetapi penggunaan teknik ini boleh membantu anda untuk dilihat sebagai seorang yang trendy dan sangat mengikuti perkembangan fesyen semasa.

Penggunaan aksesori sebagai efek visual badan yang langsing – bagi memaksimumkan gaya anda, aksesori seperti tali pinggang dapat menghasilkan kesan efek badan yang langsing. Mereka yang bertuah memiliki bentuk badan ‘hourglass’ dan juga ‘rectangle’ ataupun kurus ibarat ‘ruler’ ini , seharusnya menggunakan tali pinggang sebagai ‘fashion statement’ utama dalam berfesyen.

Nah, mudah bukan? Tips di atas bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita semua praktikkan. Perlu diingat bahawa walaupun kita mampu membeli barangan serba mewah, tetapi jika diri sendiri masih kurang keyakinan dengan penampilan kita pada hari itu, ia tetap boleh dilihat secara mata kasar – baik dari segi komunikasi, tingkah laku, bahasa badan yang digunakan, postur badan dan sebagainya. Mulakan dengan apa yang anda miliki di dalam wardrobe hari ini , dan gunakan teknik di atas sebaiknya. Selamat mencuba!

 

 

One thought on “10 Rahsia Wanita Bergaya Anggun dan Mewah

Comments are closed.