Wanita dan Obsesi Kepada Kasut : 10 Tips Membeli Secara Bijak

marikina-shoe-museum-attractions

Saya tidak mempunyai tiga ribu pasang kasut. Saya hanya memiliki seribu enam puluh kasut – kata balu bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos , bekas ahli politik juga Wanita Pertama Filipina , Imelda Marcos yang sangat terkenal dengan jolokan ‘wanita besi’ pada suatu waktu dahulu, ketika ditemui di rumahnya di Hawaii.

Buat sesetengah invididu, ia mungkin satu kegilaan atau obsesi. Bagi yang lain pula, ia adalah semata-mata satu keperluan.

Apakah yang saya cuba katakan di sini ? Wanita, dan obsesi mereka kepada kasut!

Screen Shot 2016-01-21 at 1.19.40 PM

Wanita dan obsesi kepada kasut!                        

Sama ada anda suka, atau tidak ambil peduli, tidak dapat dinafikan bahawa kasut sebenarnya mampu mengubah atau menenggelamkan penampilan seseorang individu. Seringkali saya tekankan di dalam artikel-artikel saya yang lepas, berkenaan pentingnya mengenalpasti personaliti gaya dan menjaga imej anda secara keseluruhan, begitu juga dengan memiliki sepasang atau koleksi kasut yang bersesuaian dengan gaya juga bajet bulanan anda. Ya, kasut juga merupakan sebahagian ‘aksesori’ utama anda di dalam penampilan , lambang sosioekonomi juga kestabilan kewangan, selain beg dan jam di tangan anda.

Bagaimana pula dengan strategi membeli kasut ketika jualan ‘best buy’ atau penghabisan stok ? Minggu ini saya ingin kongsikan sedikit garis panduan penting yang amat saya sarankan kepada pembaca semua, boleh dijadikan amalan ketika ingin membeli sepasang kasut baru :

  1. Jika anda hanya mampu membeli sepasang kasut baru , pilihlah kasut pump bertumit dan bertutup di hadapannya , dalam rona asas seperti hitam , kelabu tua , biru navy , perang gelap dan kuning air (beige) . Koleksi kasut berona neutral tanpa batasan jenis musim ini, sangat mudah untuk disuai padankan dengan busana anda , malah koleksi celana dan skirt yang ada. Pump (istilah bagi American English) atau Court shoes (istilah bagi British English) merupakan kasut dengan bahagian depannya berpotongan rendah (low cut front) dan biasanya tanpa tali atau kancing di pergelangan ka
7c2d50c0083f92da11a3e51712156d1a

Kasut pump merupakan istilah yang biasa digunakan dalam American English manakala court shoes pula bagi yang menggunakan British English

2.  Ketika memilih warna kasut yang sesuai – pastikan ianya mempunyai nilai tona warna yang sama atau lebih gelap dari garis kelepet kain atau ‘hemline’ (seluar, skirt, baju jubah contohnya) . Dengan menggunakan strategi ini, ia membenarkan perhatian supaya lebih bertumpu kepada bahagian muka anda, bukan di bahagian kaki. Sekiranya anda suka berpakaian dengan menekankan gaya dramatik , harus hati-hati dengan padanan baju dan aksesori agar tidak kelihatan ‘over the top’. Hasilkan satu ‘impression’ yang anda kreatif dalam bergaya tapi masih mengekalkan ciri versatil. Salah satu daripada baju dan aksesori anda harus tampil ‘simple’ dan bukan kesemuanya penuh dengan warna-warna yang terang, perhiasan yang memenuhi setiap ‘ruang’ badan – tangan (jam dan handbag) , kaki (kasut), juga di kepala (tudung atau aksesori rambut sekiranya anda tidak bertudung) .

Slide4

Ya, tidak salah untuk memilih warna kasut yang berlainan daripada warna baju sedia ada. Cuma , ia akan membuatkan orang ramai untuk ‘menilai imej’ anda dari atas ke bawah, atas ke bawah (mereka akan ‘repeat’ perhatian ini secara tidak langsung). Sedangkan jika anda hanya ada beberapa saat untuk meyakinkan seseorang tentang bakat, produk, atau perkhidmatan yang anda tawarkan, mereka mungkin telah hilang ‘fokus’ sewaktu beberapa saat pertama tadi dan mungkin telahpun menilai imej anda sesingkat pertemuan itu secara positif mahupun negatif. 

3.  Tumit setinggi satu inci setengah atau dua inci adalah yang paling menarik bagi kebanyakkan wanita. Bagi anda yang memiliki badan yang berbentuk epal atau pir ,petit (dengan 5 kaki 4 inci ke bawah) , malah pendek pula di bahagian bawah kaki , pilihlah kasut bertumit sekurang-kurangnya satu inci untuk memberikan ilusi kaki yang panjang , kelihatan lebih tinggi dari biasa dan nampak sedikit langsing.

4.  Manakala kasut bertumit tiga inci pula adalah yang paling maksimum bagi mereka yang bekerja di pejabat. Tumit kasut yang melebihi tiga inci , adalah tidak sesuai malah terdedah pula kepada risiko mengalami kecederaan kepada tulang belakang. Merujuk kepada pakar bedah ortopedik Dr. Ahmad Mahyuddin yang saya petik di  Malaysian Medical Gazette (sebuah sumber maklumat dalam talian untuk berita perubatan dan pendidikan kesihatan) , beliau berkata “Postur kaki yang memakai kasut bertumit tinggi mengakibatkan paksi keseimbangan badan berubah dan memberi beban kepada otot betis dan peha bagi memastikan si pemakai terus stabil dan tidak terjatuh ketika berdiri dan berjalan. Bagi memastikan paksi badan kekal seimbang, tulang belakang akan menjadi lebih membengkok menyebabkan terjadinya lumbar lordosis yang melampau (tulang belakang bahagian lumbar terlalu melengkung) dan berkemungkinan menyebabkan sakit belakang yang kronik. Beban tidak seimbang pada sendi lutut dan pinggul juga boleh mengakibatkan terjadinya sakit sendi atau Osteoarthritis pada usia yang lebih muda”

Screen Shot 2016-01-21 at 2.04.23 PM

5. Prinsip asas yang perlu anda tahu : Rekaan kasut yang terbuka di hadapan mahupun di belakang kaki (seperti kasut slingback) , ia lebih merujuk kepada gaya kasut yang tidak rasmi , dan agak kurang sesuai untuk digayakan ketika menghadiri majlis-majlis rasmi. Wedges, mules, sandal, kasut berT-strap , selipar atau flip flop juga tidak sesuai digayakan bagi perniagaan berkonsepkan tradisional dan konservatif.

6. Pastikan kasut anda berkadaran dengan saiz kaki anda. Jika anda mempunyai kaki yang bersaiz besar atau kaki berat, pilih untuk rekaan atau gaya kasut yang sedikit berat dengan tumit yang lebih tebal. Sebaliknya pula, jika anda mempunyai kaki yang kecil dan langsing, pilihlah pula gaya yang comel seperti ‘pointy toe’ dengan tumit yang nipis dan halus.
Screen Shot 2016-01-21 at 2.08.20 PM

7. Membeli secara bijak : pastikan material (bahan) kasut itu tadi berkualiti seperti jenis kulit (leather) dan mampu digunakan untuk beberapa tahun lamanya. Walaupun kadangkala ia agak mahal untuk dibelanjakan pada awalnya, tetapi kasut yang berkualiti adalah lebih baik sebagai pelaburan jangka masa panjang. Tips dari saya?

Sebagai Perunding Imej dan ‘Personal Shopper’, saya sering mengunjungi pusat-pusat membeli belah terdekat bagi melakukan sedikit tinjauan dan pemerhatian tentang fesyen, gaya terkini, juga jika terdapat jualan ‘best buy’ di gedung yang bersesuaian dengan personaliti gaya saya. Untuk makluman, kebanyakkan gedung hari ini menawarkan koleksi mereka mengikut musim , seperti yang biasa anda lihat, Spring collection, Summer collection, Winter juga Autumn collection. Apa yang saya lakukan adalah, pada awal musim koleksi baju itu dikeluarkan, saya akan pilih gaya kasut yang saya idamkan (yang kebiasaannya berharga RM200 ke atas). Menariknya, bila tiba hujung musim, gedung tersebut akan menawarkan jualan ‘best buy’ di mana anda boleh miliki sepasang kasut yang anda idamkan tadi dengan diskaun lebih lima puluh peratus! Saya pernah miliki kasut yang berharga RM350 , dengan harga serendah RM90 sahaja. Yang pasti, kita harus tahu bila jualan best buy mereka akan berlangsung.

Screen Shot 2016-01-07 at 5.57.00 PM

8. Jangan lupa bahawa anda boleh dapatkan khidmat tukang kasut sekiranya terdapat sedikit kehausan pada tapak, warna kulit (leather) yang telah pudar, jahitan pada kasut terbuka atau rosak. Penjagaan kasut yang rapi dan cara penyimpanan yang betul akan memberikan jangka hayat yang lama kepada koleksi kasut yang anda sayangi.

9. Waktu sesuai untuk membeli kasut ? Disarankan anda membeli pada waktu tengahari hingga lewat petang, di mana kaki anda ketika itu lebih cenderung untuk mengembang dan lebih besar dari biasa disebabkan oleh aktiviti berdiri, berjalan, atau berlari pada awal paginya.

10. Strategi menyuai padankan warna kasut dan beg tangan , jarang lagi dipraktikkan pada hari ini . Walau bagaimanapun, mereka perlu berada dalam mood yang sama dengan satu sama lain , malah mencerminkan mood pakaian anda sebagai kesatuan dalam penampilan. Jika mood personaliti gaya romantik , maka pemilihan baju, kasut dan beg tangan haruslah konsisten dengan gaya romantik tersebut.

Screen Shot 2016-01-21 at 2.54.22 PM

Kesimpulannya, apakah pengajaran di sini?

Buatlah sedikit strategi dengan melakukan tinjauan dan perbandingan dari segi harga , kualiti, tujuan penggunaan kasut, kesesuaian majlis – sebelum anda membeli. Tanya diri anda beberapa soalan, seperti:

* Berapa banyakkah set pakaian akan saya dapat dengan sepasang kasut ini? Gunakan kaedah kapsul wardrobe yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

* Adakah dengan pembelian ini , ia akan bertahan sehingga beberapa tahun ? Rujuk kepada kualiti bahan kasut tersebut.

* Adakah ia sesuai dipadankan dengan sekurang-kurangnya tiga pakaian di dalam almari saya? Rujuk kembali kepada mood pakaian, nilai tona warna ‘hemline’ seluar, skirt dan baju jubah anda agar ia tidak ‘lari’ dari gaya sedia ada.

Jika ianya murah, kasut trendy dan untuk bergaya, soalan-soalan ini mungkin tidak penting untuk anda. Tetapi jika anda bercadang untuk melaburkan sedikit wang untuk penggunaan jangka masa yang lama, inilah strategi yang terbaik, saya sarankan. Saya pernah berada di tempat anda, suka membeli kasut pada harga yang rendah tetapi seringkali terpaksa membeli beberapa pasang kasut setahun disebabkan kualitinya yang tidak tahan lama dan cepat pula rosak. Belilah secara bijak agar wang anda dapat dibelanjakan pada barangan yang berkualiti dan pulangan pelaburan yang menguntungkan pula. Masih boleh bergaya tetapi jimat dan bijak dalam berbelanja.

Happy Shopping !

————

Untuk mendapatkan perkhidmatan ‘makeover’ secara peribadi mahupun latihan dalaman korporat (in house training program) ,sila hubungi Pengasas juga Perunding Imej dan Warna Profesional bertauliah Puan Emi Idura Che Hashim di talian + 012 9023625 atau boleh juga emel kepada top2toestyliesta@gmail.com hari ini! 

————