Pilihan pakaian membuatkan wajah anda hodoh?

“Pakaian yang hodoh membuatkan wajah anda turut juga hodoh”pakaian hodoh wajah turut hodoh

Ouch..terasa pedas pula dengan kenyataan ini bukan?

Saya sebenarnya amat tertarik dengan beberapa artikel berkenaan pengurusan dan penjagaan imej sepanjang minggu lepas , yang diterbitkan oleh The Wall Street Journal, Dailymail.co.uk juga Bodylanguageproject.com . Di antara persamaan artikel-artikel ini adalah, ia sangat berkait rapat dengan keyakinan diri seseorang hasil daripada imej yang ditampilkan – iaitu pakaian mereka. Mungkin anda juga tertanya-tanya , kenapa agaknya penulisan saya sering ke arah penampilan , adakalanya fesyen dan aksesori juga penggayaan mengikut personaliti gaya anda.

Jawapan saya mudah…

Ini kerana penampilan anda merupakan visual utama yang akan dinilai , dihakimi oleh orang ramai sebaik sahaja mereka melihat anda – melalui pertemuan 7 saat pertama, tanpa perlu anda berkata atau berbuat apa-apa. Malah jika ianya sebuah imej di dalam media sosial pula, anda akan dinilai sebaik 40 milisaat pertama mereka melihat profil anda! Jika anda sayangi diri sendiri, pandang sebuah cermin dan lihat diri anda hari ini – adakah anda ingin menampilkan impak visual yang berkesan atau ala-ala kadar sahaja ?

Screen Shot 2016-03-03 at 3.16.43 PM

Penting untuk anda kenalpasti identiti jenama anda yang sebenar bagi mengelakkan kekeliruan identiti sendiri

Menariknya isu minggu ini – Pakaian yang hodoh membuatkan wajah anda juga hodoh – adalah hasil dari kajian yang dijalankan oleh Mare Lõhmus dan rakan-rakan dari Universiti Uppsala , Sweden yang diekstrak dari buku mereka “Dress for Success : Human Facial Expressions are Important Signal of Emotions” – di mana pakaian yang dipakai golongan wanita memberi kesan kepada keputusan penilaian oleh golongan lelaki berkenaan daya tarikan mereka. Melalui eksperimen ini, tiga peserta wanita diambil gambar dengan penampilan berlainan iaitu, seorang dengan pakaian yang membuatkan diri mereka rasa menarik, seorang dengan pakaian yang membuatkan dirinya rasa tidak menarik , dan seorang lagi pula dengan pakaian yang membuatkan dirinya berasa selesa. Ketiga wanita ini diberi pilihan untuk memilih pakaian tersebut dan diambil gambar dengan ekspresi wajah yang neutral, kemudian mereka diminta mengisi borang kaji selidik berkenaan keselesaan dan tahap keyakinan diri mereka. Keputusan akhir menunjukkan bahawa , apabila seseorang wanita mengenakan pakaian yang membuatkan dirinya berasa menarik, ia jelas terpancar dan golongan lelaki mendapati muka wanita ini adalah yang paling menarik melalui penilaian yang diberi. Manakala wanita yang memakai pakaian yang membuatkan diri mereka merasa tidak menarik pula, mendapat penilaian (daya tarikan) yang paling rendah diberi oleh golongan lelaki. Bagi wanita yang memakai pakaian sekadar rasa selesa pula, mendapat penilaian pertengahan di antara paling menarik dan yang tidak menarik . Dan dikatakan walaupun diarah untuk bergambar dengan ekspresi muka yang neutral , wanita-wanita ini tidak dapat menyembunyikan perasaan positif dan negatif mereka dan ia jelas kelihatan kepada golongan lelaki tersebut.

Kajian ini menunjukkan bahawa , golongan lelaki tidak perlu memandang penampilan wanita untuk mendapatkan jawapan perasaan mereka (wanita) terhadap penampilan diri masing-masing. Dari ekspresi wajah wanita tersebut, mereka sudah cukup tahu bahawa wanita tersebut gembira, penuh yakin dengan dirinya dengan penampilan yang dibawa. Malah ia juga menunjukkan , hubungkait kuat antara penampilan kita (pakaian) sebagai komunikasi bukan lisan dengan daya tarikan seseorang. Berpenampilan menarik bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri individu tersebut , ia juga mendorong ke arah kebahagiaan kehidupan , seperti kata pepatah “when we look good, we feel good”, dan secara tidak langsung ia membantu kita untuk mendapat layanan yang baik dan positif dari orang ramai.

yakin tidak yakin dan sekadar selesa

Kebetulan hujung minggu ini, saya akan mengendalikan wokshop Strategi Pantas dan Efektif untuk “Bershopping dan Bergaya seperti seorang Pro!”, jadi saya akan bongkarkan sedikit rahsia … apa yang perlu anda elak ketika aktiviti membeli belah pakaian anda. Strategi ringkas yang akan membantu anda agar tidak tersalah ketika memilih baju dan membuatkan anda kelihatan tidak menarik..

  1. Baju yang bergaris melintang

Tak dapat saya nafikan, ramai yang tahu bahawa garis melintang memberikan ilusi badan yang lebih besar dan ‘berat’. Tapi percaya atau tidak, lebih ramai yang tidak mengendahkan ‘peraturan’ ini kerana kebanyakkannya membeli baju atas dorongan ‘rekaan terbaru’ , label artis terkenal, rekaan berjenama dan sebagainya. Sekiranya ada memiliki bentuk badan yang melebar (pear, apple mahupun inverted triangle – ya, lebar di bahu , besar di bahagian dada, di perut, di pinggul) – hati-hati dengan pemilihan baju, skirt, atau seluar yang meletakkan rekaan garis melintang itu tadi. Ingat lagi kesan impak ke atas kajian yang dilakukan oleh wanita yang memakai baju yang tidak menarik dan sekadar selesa sahaja itu tadi? Mungkin anda merasakan trend terbaru sesuai untuk semua , tetapi realitinya ia harus disesuaikan mengikut jenis bentuk badan anda.

horizontal stripes dan kesannya kepada psikologi.jpg

  1. Elakkan cetakan (prints) yang besar

Cetakan atau prints pada pakaian sememangnya memberi kesan yang menarik kepada si pemakai tetapi seperti garis melintang , hati-hati dengan skala cetakan pada baju tersebut – adakah ianya terlalu besar atau terlalu kecil. Ianya sangat bergantung kepada ‘body proportion’ juga ‘body scale’ masing-masing, contohnya seperti :-

  • Jika anda berbadan kecil, petite dan memakai cetakan yang besar – ia bukan sahaja menenggelamkan anda , malah membuatkan anda bertambah kecil.
  • Jika anda berbadan besar dan lebar pula, memakai cetakan yang halus dan kecil , secara visualnya anda kelihatan lebih lebar dan besar dari saiz biasa. Jika anda berbadan besar dan merasakan agak sukar untuk mengingati peraturan ini, paling asas adalah dengan mengekalkan penggunaan rona polos yang gelap (dark, solid color) di dalam penampilan anda agar tidak tersalah bergaya dan yang penting menjimatkan wang ringgit.

pilih warna ,gaya corak pada baju

  1. Tekstur fabrik yang berat , tebal

Seperti garisan melintang tadi, pemilihan fabrik juga memainkan peranan di dalam visual penampilan anda. Tekstur yang berat, dan tebal seperti fabrik jenis tweed, wool, brocade , songket – malah hiasan seperti lace, kerawang, manik , sequins dan labuci juga membuatkan badan yang besar bertambah berat. Tidak salah jika anda memilih jenis tekstur sebegini , tetapi lebih bijak jika anda tahu strategi bagaimana nak menyuaipadankan jenis tekstur fabrik dengan bentuk dan jenis badan anda.

fabrik yang buatkan anda gemuk

  1. Jangan disuaipadankan plaid dengan prints

Suai padankan plaid dengan prints ini agak rumit sedikit jika anda tidak tahu caranya. Kunci utamanya adalah dengan memastikan penggunaan warna dan rekaan yang senada. Ini kerana tujuan penggayaan fesyen sentiasa bertumpukan kepada keharmonian dan keseimbangan pada visual. Pemilihan yang tidak senada membuatkan orang ramai agak keliru dengan personaliti anda , dan jika anda ingin dilihat sebagai individu yang serius , hati-hati dengan suai padanan ini.

Salah satu rahsianya ialah , jika anda memilih padanan warna yang berbeza (baju + seluar atau baju + skirt), pastikan rekaannya (design) adalah sama.

Screen Shot 2016-03-04 at 1.07.28 AM.png

Screen Shot 2016-03-04 at 1.05.07 AM.png

Nak tahu lebih RAHSIA dan STRATEGI Bershopping secara bijak dan JIMAT WANG?

Jom , sertai saya di dalam workshop Strategi Efektif dan Pantas Bershopping dan Bergaya bagai seorang Pro! Sekiranya berminat , sila hubungi top2toestyliesta@gmail.com atau 012-9023625 hari ini untuk mendapatkan lebih informasi berkenaan workshop tersebut !

Ya, sedikit sebanyak perkongsian minggu ini yang sempat saya ringkaskan di sini. Apa pun yang penting, kenali diri dan WOW Faktor peribadi anda agar anda tampil lebih berkeyakinan, menarik, dan mendapat kepercayaan orang ramai di atas keistimewaan yang anda miliki.

Akhir kata, Be Yourself , Be Beautiful and Be Bold!

Salam mesra dari saya, Perunding Imej Anda..