Miliki Daya Pesona Menarik Demi Kejayaan Peribadi

Pernahkah anda terfikir… apa yang membuatkan seseorang individu itu mempunyai daya tarikan yang mempersonakan malah, terserlah keyakinannya tanpa perlu berkata apa-apa?

Mereka ini sering hadir dengan penampilan yang rapi, kemas dan bergaya , penggunaan bahasa badan yang baik , anggun dan tidak pula menjolok mata. Mereka mengenali dan memahami kekuatan peribadi mereka dan bagaimana caranya untuk memanfaatkan persona ini demi kejayaan profesionalnya.

Bagaimana individu ini boleh menarik perhatian semua hadirin sebaik mereka melangkah masuk ke sesuatu majlis? Pernah terjadi kepada diri anda ? Atau, mungkinkah anda pernah berada di dalam situasi sebegini yang membuatkan anda tertanya-tanya, apakah rahsia sebenar individu tersebut? Nak tahu berita baiknya pula? Ya, anda juga boleh melakukannya, percayalah!

daya pesona

Pada pendapat anda, apakah cara yang paling pantas dan efisien untuk meningkatkan keyakinan dan ketrampilan profesional anda hari ini?

Jawapan saya, dengan mengenalpasti , mengawal dan mengekalkan jenama peribadi anda, secara konsisten! Ya, adakah anda tahu bahawa sebanyak 93% daripada komunikasi adalah secara bukan lisan ? Hanya 7% merangkumi aspek komunikasi secara lisan iaitu perkataan yang kita gunakan apabila berinteraksi. Di dalam urusan perniagaan atau seharian , komunikasi bukan lisan ini merangkumi penampilan anda , bahasa badan juga intonasi suara yang digunakan ketika berkomunikasi – secara serta merta memberikan satu mesej kepada orang ramai – inilah jenama peribadi anda! Ia merupakan kunci kepada keyakinan diri dan pelbagai aspek lain di dalam kehidupan yang boleh anda kawal.

Percaya atau tidak, koleksi pakaian anda adalah salah satu ‘alat pemasaran’ yang terbaik. Ia seperti lanjutan kepada ‘resume’ di mana anda boleh menggunakan warna, gaya , dan kelebihan personaliti kepada jenama peribadi anda, merangkap sebuah cerita yang unik, tentang siapa anda dan identiti anda yang tersendiri. Penampilan yang sentiasa kemas, dan pilihan ‘wardrobe’ yang bijak secara tidak langsung meningkatkan ketrampilan profesional dan membantu anda menonjol tanpa perlu terlalu mencuba. Dengan alat pemasaran yang betul sudah tentu anda boleh mempamerkan kebolehan dan kejayaan peribadi dalam keadaan apa pun.

Ya, sesungguhnya kami amat memahami. Anda..seorang wanita berkerjaya yang sangat sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk mendalami isu ini . Bagaimana kiranya jika anda punyai jalan untuk mengatasi masalah tersebut di atas? Seorang Perunding Imej profesional yang boleh membantu mentransformasikan imej anda secara mudah dan berkesan?

emi profile edited

Kesihatan adalah Kekayaan!

Tingkatkan hormon endorfin anda dengan senaman yang kerap dan bekalkan diri anda dengan makanan yang sihat dan seimbang. Rasa sihat dan bertenaga memberi impak kepada sikap kita, keputusan yang kita lakukan dan keyakinan diri . Apabila kita merasa baik dari dalam, ia akan mudah terserlah! Bukan itu sahaja, keadaan ini juga membantu kita untuk berasa hebat dalam penampilan seharian kita , iaitu melalui bahasa badan (komunikasi bukan lisan) dan persona peribadi seperti contoh bagaimana kehadiran kita berjaya menarik perhatian ramai, apabila melangkah masuk ke sesebuah majlis atau mesyuarat.

kesihatan anda adalah kekayaan.jpg

Kenali Jenama Peribadi

Apa yang membuatkan anda unik dan lain dari yang lain? Imej yang tersendiri dan maaf, saya tidak bermaksudkan mereka yang gemar berfesyen di sini. Lihat kepada personaliti , nilai peribadi dan kelebihan, keistimewaan anda sebagai individu. Bagaimana pula kemahiran, bakat, sikap , latarbelakang pendidikan, misi , visi dan objektif kehidupan atau perniagaan? Apabila anda jelas dengan ‘keistimewaan’ ini dan sudah kenalpasti siapa diri anda dan apa yang anda ‘pertahankan’, syabas! Anda sedang menuju dan membina imej peribadi anda yang jelas dan autentik . Dengan mengetahui cara bagaimana untuk memaksimakan kelebihan anda itu tadi dan menggunakannya demi ketrampilan profesional anda , percayalah – ia merupakan kunci kepada ‘kuasa dalaman’ dan dapat menyerlahkan lagi jenama anda yang unik.

e64d2a2884b88ba9055947c3e88bbe85

Berdiri tegak, Postur yang baik dan Kekalkan Senyuman

Berdiri tegak dan berjabat tanganlah dengan kemas, hadirkan senyuman dan sentiasa lihat ke arah mata individu yang berjabat dengan anda. Ingat, bahasa badan ini merupakan aspek terbesar di dalam komunikasi bukan lisan kita iaitu sebanyak 55%. Ia merupakan gerak isyarat yang memberikan tanda bahawa kita seorang individu yang boleh dipercayai , berkeyakinan , bersikap terbuka dan peramah. Ia juga memberi isyarat tentang apa yang anda rasa terhadap diri sendiri. Apabila kita merasa yakin dengan diri sendiri tanpa dibuat-buat, secara tidak langsung ia menjadi daya penarik kepada individu lain yang ‘sealiran’ dengan anda.
komunikasi bukan lisan.jpg

Hargai Keistimewaan Bentuk Badan

Walaupun topik ini sering menjadi isu bagi mereka bergelar Muslimah yang ingin mengekalkan gaya pakaian patuh syariah , saya akur dan setuju dengan anda. Tapi tidak salah rasanya anda mengambil tahu dan mengenalpasti jenis fabrik , gaya dan warna yang sesuai mengikut ‘undertone’, personaliti, bentuk dan jenis badan anda. Kerana saya pasti siapapun diri anda atau apa juga pegangan anda hari ini, anda pasti ingin memiliki rasa bahagia , berkeyakinan , ingin dihormati , dipercayai dan rasa mudah berurusan dengan orang ramai. Ingat lagi topik saya minggu lepas – pakaian hodoh membuatkan wajah anda turut hodoh dan bagaimana kajian dilakukan di Uppsala University Sweden mengesahkan lagi eksperimen ini ? Setiap individu hari ini boleh menghasilkan ilusi visual dengan memahami betapa pentingnya ‘body proportion’ atau kadaran tubuh badan dan bagaimana mengimbangi kepanjangan bahagian atas badan dan bawah badan. Apabila anda belajar gaya dan rekaan yang sesuai dengan anda , ia bukan sahaja menjimatkan lebih banyak masa dan wang , tetapi secara visualnya anda kelihatan lebih tinggi , langsing dan kurus dari saiz sebenar.

ilusi visual dan body proportion.jpg

Perhatian kepada setiap perincian

Pastikan pakaian yang dibeli , sesuai dan berpadanan dengan saiz anda, warna yang seimbang dan harmoni dengan tona kulit anda. Jangan kedekut untuk menghantar ke kedai bagi membuat sedikit ‘pengubahan’ kerana walaupun sedikit, ia mampu menukar penampilan anda dari kelihatan biasa-biasa kepada lebih profesional. Dengan menunjukkan perhatian kepada setiap perincian dan penjagaan dalam penampilan anda, ia seakan memberitahu orang ramai bahawa anda mengambil berat akan diri anda dan juga pekerjaan anda dengan serius.

Anda Perlu Tahu : Ready to Wear fesyen tidak semestinya akan memberikan anda padanan, keselesaan dan ‘fitting’ dengan badan anda 100%. Adakalanya anda perlu perhatikan bahagian-bahagian yang membuatkan badan anda kelihatan lebih ‘besar’ dari biasa, menggelebeh, malah kelihatan agak ‘buruk’ bila dipandang di dalam cermin. Itu tanda-tandanya baju RTW tersebut perlu ‘alteration’ atau pengubahan walaupun ia dijual di rak-rak shopping mall juga butik berjenama.

RTW fesyen

sebelum selepas

Rancang terlebih dahulu

Waktu pagi adalah bukan waktu terbaik untuk menyibukkan diri mencari baju yang sesuai dipakai untuk hari tersebut. Minimakan waktu untuk bersiap dengan memastikan pilihan baju dan aksesori dibuat malam sebelumnya. Jangan sesekali ‘under estimate’ manfaat dengan merancang lebih awal dan memilih pakaian yang betul-betul membuatkan anda rasa yakin. Jimat masa, anda akan terasa lebih tenang dan fokus dengan apa yang lebih penting pada hari tersebut.

strategi efektif pilih baju

Sistem pengurusan ‘wardrobe’

Untuk meningkatkan keyakinan diri dengan gaya peribadi anda secara mudah dan berkesan adalah dengan memiliki sistem pengurusan ‘wardrobe’ yang efektif. Kemaskini ‘wardrobe’ dengan memilih apa yang menjadi keperluan, kemudian menilai ruang simpanan yang ada dengan menyelaraskan pakaian tersebut . Dengan sistem ‘wardrobe’ yang ada ini, anda belajar bagaimana untuk memastikan ianya dipenuhi dengan pakaian yang anda suka dan membuatkan penampilan anda hebat.

sistem wardrobe