Inspirasi Gaya Kate Middleton : Royal Tour India & Bhutan 2016

Mumbai India.jpg

Mengikuti perkembangan lawatan diraja Duke dan Duchess of Cambridge ke India dan Bhutan sepanjang minggu lepas (10 April hingga 16 April) membuatkan saya begitu teruja untuk melayari laman web setiap hari bagi mendapatkan berita terkini dan melihat fesyen yang digayakan HRH Kate Middleton sepanjang tujuh hari ini.

Keseluruhan ‘wardrobe’ beliau kali ini dianggarkan mencecah hampir dua ratus ribu ringgit (US$50,000) dengan 40 pereka fesyen dan 18 persalinan pakaian yang memperlihatkan kehebatan rekaan pereka terkenal seperti Alexander McQueen, juga pereka pilihan ‘all time favourite’ Kate seperti Jenny Packham, Emilia Wickstead , Jaeger dan LK Bennet dari United Kingdom, selain suntikan baru dan segar dari pereka terkenal dari India seperti Anita Dongre , juga rekaan dari Naeem Khan, seorang pereka India-Amerika dari New York , yang berasal dari Mumbai, India sebagai penutup lawatan rasmi kali ini.

Dengan kehadiran 11 pengiring rasmi , Pembantu Peribadi juga stailis Natasha Archer, setiausaha peribadi Rebecca Deacon dan pendandan rambut , Amanda Cook Tucker , setiap perincian penampilan Kate , amatlah dijaga rapi tetapi alasan itu bukanlah penghalang bagi saya, juga anda , dan kita semua , dari kalangan rakyat biasa (yang mempunyai angan-angan dan cita-cita) untuk tampil hebat , anggun dan bergaya seperti beliau.

33354B1B00000578-3541233-image-a-93_1460717113305

Apakah sebenarnya rahsia di sebalik imej yang ditonjolkan beliau , yang membuatkan ramai peminat begitu teruja dan tertunggu-tunggu ‘what’s next’ , setiap kali Duchess of Cambridge ini hadir di khalayak ramai ?

Pun begitu, ketika artikel ini ditulis, saya juga agak terkilan dengan kritikan seorang novelis juga kolumnis South Asian Literature terkenal , Shobhaa Rajadhyaksha, yang mendapat jolokan gelaran ‘Jackie Collins of India’ dan ‘Best-Selling Author’ di India ini yang secara terangnya mengatakan “Sari memerlukan badan yang ramping (mempunyai lengkung) , sedangkan Kate tidak”. Kate dihentam kerana dikatakan memilih ‘wardrobe’ yang agak pucat, ‘boring’ , tidak cukup seksi , ganjil juga pelik sepanjang lawatan diraja kali ni. Shobhaa tidak menyalahkan Kate dengan pilihan penampilan yang dikatakan ‘poor fashion choices’ itu tetapi lebih kerana beliau terlalu menyerahkan segalanya kepada stailis peribadinya.

Shobhaa.jpg

Dari satu sudut perspektif pandangan yang berbeza sebagai Perunding Imej juga Warna Profesional , saya tidak memilih untuk berpihak kepada beliau walaupun saya akui ada sedikit kebenaran di sebalik kritikan diberikan Shobhaa. Umum juga tahu bahawa, Kate Middleton, Duchess of Cambridge selaku ahli tertinggi di dalam Keluarga Diraja England ini , diberi tugasan mewakili Ratu England, Queen Elizabeth ke India dan Bhutan , seminggu sebelum hari lahir ke-90 beliau. Malah sebuah majlis harijadi Queen Elizabeth turut diraikan ketika kedua-dua Duke dan Duchess of Cambridge ini berada di Mumbai pada hari kedua , di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di situ.

Di sebalik kritikan Shobhaa , saya tetap melihat keanggunan dan gaya minimalis Kate sebagai pencetus idea fesyen yang segar dan menjadi idola semua. Tidak kurang beliau juga dikatakan inspirasi kepada pelbagai lapisan generasi dan ini merupakan satu tanda yang positif bagi melahirkan golongan masyarakat yang lebih ‘modest’ , kekal santun, dan profesional.

Jom kita lihat inspirasi gaya Kate Middleton pada ‘Royal Tour to India & Bhutan 2016 ’ kali ini :-
Pemilihan Warna

Tahukah anda bahawa warna pakaian memainkan peranan utama dalam penampilan seseorang individu selain gaya yang ditonjolkan ? Jika anda seorang peminat Kate, seperti saya; anda boleh lihat bagaimana Kate ‘bermain’ dengan warna-warna pastel ‘cool summer’ ketika menghadiri majlis di siang hari, manakala mengenakan ‘warm bright spring’ pada sebelah malamnya pula. Pada pengamatan saya, Kate memiliki ‘cool undertone’ dan tidak hairanlah stailis beliau bijak mengatur warna-warna pastel dan terang mengikut majlis. Kritikan novelis Shobhaa mengatakan pilihan warna biru pada majlis makan malam Bollywood Party menampakkan Kate 20 tahun lebih tua dari usia sebenar – mungkin ada sedikit benarnya, tetapi beliau mungkin tidak tahu bahawa ini merupakan Royal Tour Musim Spring (Musim Bunga) . Walaupun ‘warm bright spring’ bukanlah tona warna terbaik Kate, tetapi saya pasti, demi menghormati tema lawatan , juga koleksi pereka fesyen terkini yang dibawa bersama , wardrobe kali ini lebih bertema kepada koleksi musim Spring dan Summer 2016.

Gaya Kate Middleton siang hari india bhutan.jpg

Kate Middleton gaya malam hari india bhutan.jpg

Pilihan Fabrik

Koleksi wardrobe Royal Tour 2016 , memperlihatkan pilihan fabrik asli seperti kapas, wool , juga sutera yang amat sesuai dengan cuaca panas di India dan agak dingin di Bhutan. Satu pilihan yang bijak dan syabas kepada Natasha Archer!

Rekaan dan aksesori pilihan

Bersesuaian dengan budaya negara lawatan juga sempena musim bunga , kebanyakkan rekaan menampilkan koleksi sulaman bermanik, kain kapas berlace , sulaman khas jahitan dan tenunan tangan pereka fesyen terkenal dari negara India dan Bhutan ini yang dikatakan mencecah ribuan dollar Amerika. Sesuai dengan gaya minimalis klasik elegan, Kate tetap hadir bergaya dengan hanya mengenakan 3 aksesori pilihan seperti subang, clutch kecil dan kasut nude pump dari pereka kegemarannya seperti LK Bennet, dan kasut sandal bertumit tinggi dari Gianvato Rossi. Kate jarang tampil dengan rantai di lehernya kecuali ketika di Lapangan Terbang Paro, Bhutan , di mana beliau dihadiahkan seutas rantai dari Queen of Bhutan, Queen Jetsun Pema. Antara aksesori lain yang tetap menjadi favourite Duchess of Cambridge ini adalah , cermin mata Ray Ban nya yang sering juga dipakai ketika aktiviti mendaki kawasan pergunungan di Bhutan dan melawati Taj Mahal.

95e78ac867fc5a2fa8a7c5985f35ca0e.jpg

bfaebc2849679203b3e1ebe8b6254963

 Personaliti Gaya

Menyelami personaliti gaya Kate yang sentiasa anggun ini – ramai yang tidak tahu bahawa beliau seorang yang sangat konsisten di dalam penampilannya. Dengan mengekalkan gaya klasik elegan dan profesional , disuntik sedikit dengan gaya romantik pada majlis siangnya dan dramatik pula pada majlis makan malam. Kate gemar tampil lebih santai dengan gaya sporti kasual ketika mendaki selama 6 jam ke Tiger’s Nest, sebuah biara di atas pergunungan negara Bhutan.

069ed24050b9617bc5cbe2d14680d91b.jpg

Apakah inspirasi yang boleh kita semua pelajari dari gaya Kate Middleton sepanjang lawatan diraja minggu lepas ?

  1. Kita tidak memerlukan seorang stailis peribadi sekiranya kita boleh mengenalpasti, undertone kulit masing-masing, personaliti gaya, bentuk badan dan fabrik yang sesuai dengan jenis badan .
  2. Boleh bergaya anggun , elegan dan profesional pada masa yang sama. Ia penting dalam menampilkan imej yang lebih berwibawa (mempunyai kredibiliti), berkeyakinan , dan berkarisma sebagai seorang individu (tidak kira usia, profesion , kedudukan , latarbelakang, pencapaian akademik, industri).
  3. Tidak perlu tampil mewah untuk menyesuaikan diri dengan kedudukan atau pangkat. Kate membuktikan bahawa Duchess of Cambridge juga tidak malu untuk mengenakan sepasang anting-anting yang dibelinya di sebuah pasar kraftangan di Bhutan dengan harga serendah 6.60 pound sterling dan dipakai ketika lawatan terakhirnya di Taj Mahal.