Tiada Lagi Alasan… Saya tiada baju!

Percayalah, di antara keluhan seorang wanita berkerjaya , pada lewat malam Isnin atau setiap pagi ketika bersiap ke tempat kerja .. soalan-soalan seperti ‘Apa lagi baju yang boleh dipakai?’ , ‘Saya tiada baju!’ , ‘Baju mana yang sesuai?’ , ‘Bagaimana nak mix and match ni?’ dan pelbagai lagi keluh kesah bermain di benak fikiran.

monday blues women nothing to wear.jpg

Sepanjang pengalaman berurusan dengan pelanggan wanita ketika konsultasi ‘image makeover’ atau bengkel imej yang diadakan, tidak kira usia, jawatan dan industri , rata-ratanya mengakui bahawa mereka mengalami cabaran yang sama seperti saya sebut di atas, ya…ianya satu dilema!

Menariknya, mereka ini mempunyai persamaan dan obsesi yang tinggi untuk ‘bershopping’ – cenderung untuk membeli sesuatu yang mereka suka (pada pandangan pertama), tetapi sebaliknya berlaku , selain menikmati dan memakai baju yang telah dibeli itu tadi, ia disimpan rapi pula di dalam almari.

Sebenarnya, ada pelbagai alasan mengapa ini boleh berlaku. Antaranya, kita lebih suka berfantasi dan terinspirasi dari gaya idola terkenal, seorang selebriti, model majalah atau jenama popular , atau mungkin juga terpengaruh dengan rakan-rakan sendiri, selain membeli mengikut kesesuaian gaya hidup yang sebenar. Mungkin anda telah jatuh cinta dan berkeinginan untuk memiliki kasut but bertumit tinggi dengan bertatah paku (stud) yang menunjukkan gaya bohemian (boho chic) selebriti Hollywood yang meraikan Festival Seni & Muzik Coachella , berlangsung di Indio, California, Amerika Syarikat , April lepas. Tetapi, sesudah memilikinya dan pulang ke rumah, anda sedari, dengan menjawat jawatan di sebuah syarikat korporat dan kehidupan yang sibuk dengan anak-anak kecil dan bersekolah, anda sebenarnya tiada ruang atau majlis sesuai untuk menggayakannya.

Antara pelbagai alasan lain diberi, kenapa wanita gemar menyimpan koleksi pakaian mereka, berbulan dan bertahun lamanya – adalah kerana mereka masih menaruh harapan dan menunggu agar satu hari nanti, mereka akan dapat menurunkan berat badan , hilang 5kg dan menyarungkannya semula bila tibanya waktu yang sesuai!

can-a-wi-fi-enabled-bathroom-scale-help-you-lose-weight-review-90898cf2dd.jpg

Dan ada juga, kebanyakkan sebab wanita menyimpan koleksi pakaian mereka (sama seperti sayangnya untuk menggunakan koleksi mewah pinggan mangkuk Noritake di dalam almari hiasan), adalah kerana mereka merasakan koleksi itu terlalu cantik dan takut jika dikotori. Disebabkan alasan itu, mereka mengekalkan gaya ‘makcik-makcik’ , selekeh , gaya yang agak ‘boring’ dari minggu ke minggu , menunggu sehingga dijemput ke majlis majlis rasmi atau hari yang istimewa untuk mengenakan pakaian yang cantik, yang disimpan rapi berbulan lamanya itu tadi.

Apa yang saya boleh kaitkan senario pertama di atas, tiada baju untuk dipakai dengan obsesi suka membeli belah , tetapi lebih gemar menyimpan koleksi baju yang dibeli dari mengenakannya?

Bagaimana pula jika saya senaraikan strategi-strategi yang pembaca semua boleh pelajari dan praktikkan agar tiada lagi alasan , dan keluh kesah setiap pagi .. “Bantu saya ! Saya tiada baju untuk dipakai!” ??

Peruntukkan satu hari khas untuk ‘wardrobe spring cleaning’

Ketepikan segalanya yang tidak pernah disentuh semenjak setahun yang lalu, tidak muat untuk dipakai , bukan lagi ‘in-trend’ , atau sesuatu yang anda tidak lagi gemari. Asingkan koleksi yang tidak boleh dipakai itu tadi dan koleksi yang anda gemari tapi langsung tidak sentuh sepanjang beberapa tahun lepas ke dalam satu kotak dan disimpan rapi. Hasilkan satu koleksi wardrobe yang benar-benar mewakili siapa anda hari ini, jawatan dan industri anda dan keperluan mengikut majlis. Jika perlu pengubahan pakaian (alteration) , hantar kepada tailor anda dengan segera.

Tentukan gaya yang sesuai dengan anda , mengikut personaliti, bajet membeli belah bulanan atau tahunan juga mengikut gaya kehidupan terkini (lifestyle).

  • Senaraikan keperluan ‘wardrobe’ mengikut aktiviti hari minggu bekerja dan hujung minggu. Bagi wanita yang berkarier , saya cadangkan , perbanyakkan pilihan koleksi wardrobe yang tertumpu kepada pakaian-pakaian kerja (pakaian pejabat) berbanding pakaian kasual. Jika sebaliknya yang anda dapati, mungkin anda perlu menganalisa semula keperluan wardrobe agar ia mewakili siapa anda hari ini.

1426612691-carrie-bradshaw-spring-cleaning.png

Elakkan pembelian mengikut gerak hati

Saya percaya, dengan kuasa beli dan bajet ‘bershopping’ yang tinggi, tiada siapa yang mampu membeli tanpa mengikut gerak hati. Segalanya didorong oleh rasa kehendak dan kebanggaan untuk memiliki bukan lagi keperluan itu sendiri. Hati-hati dengan kesilapan pembelian sebegini, kerana kebanyakkan waktu , ia bakal berakhir dengan barangan tersebut disimpan dengan tag harga sehingga beberapa tahun lamanya!

Elakkan pilihan gaya trendy atau fad fesyen. Jika bajet untuk membeli belah merupakan salah satu sebab untuk anda tidak bershopping, maka lupakan fad dan fesyen trendy terkini. Lebihkan koleksi fesyen klasik kerana ia merupakan penampilan yang tidak lapuk ditelan zaman, dan sentiasa kelihatan eklusif , walaupun berdekad lamanya. Fesyen trendy boleh dipertimbangkan jika ianya boleh disesuaikan dengan koleksi fesyen klasik itu tadi dan memberi lebih impak ‘wow’ kepada penampilan anda.

ss15_stripes

Pilih minimum tiga warna neutral sebagai asas (contoh : biru navy, hitam , kelabu, putih, taupe, kuning air) – dan pastikan ianya boleh disuai-padankan dengan mana-mana koleksi wardrobe anda agar gaya penampilan boleh dimaksimakan sebaik mungkin

MTMzODYwNjI0MDE3OTY3MTE0.jpg

Bijak merancang dalam setiap pembelian – antara persoalan yang anda harus tanya diri sendiri ketika bershopping secara online atau di pusat membeli belah adalah seperti

  • Adakah pembelian ini boleh disuaipadankan dengan sekurang-kurangnya 3 pakaian yang saya miliki hari ini?
  • Kualiti vs Kuantiti – bagaimana jika anda memilih barangan berkualiti yang bertahan sehingga dua hingga tiga tahun lamanya berbanding barangan yang murah, tiada kualiti tetapi membenarkan anda membelinya dalam kuantiti yang banyak? Kebanyakkan masa, barangan yang murah dan tiada kualiti hanya boleh bertahan kurang dari setahun jika ianya kerap digunakan. Hmm… yang mana satu pilihan anda ?
  • Tidak sesekali berkompromi dengan ketidakselesaan dan padanan baju yang tidak mengikut saiz badan anda. Ya, jangan sesekali membayar sesuatu yang cantik di mata, fesyen trendy terkini, tetapi tidak mewakili jenama dan personaliti anda , malah memerlukan anda mengeluarkan lagi belanja untuk pengubahsuaian (alteration). Kecuali anda pasti , ia sangat sesuai dengan gaya hidup, jawatan, industri pekerjaan anda, dan personaliti gaya, mungkin ia sesuatu yang boleh dipertimbangkan, ‘worth buying’ dan sesuai mengikut bajet yang telah diperuntukkan.

Berminat untuk menganjurkan Workshop atau Bengkel Imej untuk Organisasi, Jabatan , Kelab atau Persatuan anda? Atau mungkin anda memerlukan konsultasi profesional kami secara peribadi ?

Hubungi Pakar Perunding Imej, Etiket dan Warna Profesional (UK) anda hari ini!                            Puan Emi Idura Che Hashim  | +012 9023625  | Email : top2toestyliesta@gmail.com