Resolusi Imej Tahun Baru

Ada benarnya di sebalik pepatah ‘Dress for the job you want , not for the job you have’ bagi mereka yang betul-betul yakin, tentang bagaimana strategi komunikasi bukan lisan ini mampu merubah kehidupan seseorang individu secara tidak langsung.

Ya, jika anda tampil kena pada gaya dan personalitinya, orang ramai akan mudah mempercayai dan meyakini bahawa anda mampu melakukan sesuatu pekerjaan itu , tanpa banyak soal bicara. Bagi yang merasakan misi ini sukar untuk dilakukan, ‘Don’t fake it till you make it’. Tetapi, ‘Fake it till you become it!’.

when-your-interviewer-asks-042115

Membina identiti jenama diri harus bermula dengan anda mengenali diri sendiri. Apa yang membuatkan anda autentik dan unik. Kenalpasti elemen-elemen yang boleh membantu anda membina pakej imej yang baik dan positif. Ia sebahagian daripada proses strategik yang menjadikan anda rakan aktif dan kreatif dalam mewujudkan hala tuju kehidupan .

Impak 7 Saat

Fikirkan , bagaimana mudah dan cepatnya kita menilai seseorang saat pertemuan pertama bertemu di majlis sosial , rundingan perniagaan mahupun ketika berjalan-jalan santai di sebuah pusat membeli belah pada hari minggu.

Adakah anda masih ingat setiap perkataan yang mereka katakan ? Bagaimana lontaran intonasi suara mereka ? Atau mungkinkah secara tepat anda masih boleh bayangkan ,  keseluruhan penampilan mereka pada hari tersebut? Cukup bergaya, kemas, harum dengan wangian, setiap inci penampilan ibarat dijaga rapi atau mungkinkah mereka tampil selekeh dengan tudung dan baju tidak bergosok, rambut ala kadar mungkin tidak sempat disikat, muka agak pucat tanpa sebarang solekan, gaya berjalan pula agak malas dan ibarat tiada keyakinan diri.

Apa yang menariknya , kesemua di atas boleh dikaitkan dengan kajian dijalankan oleh Profesor Albert Mehrabian, melalui hasil tulisan beliau ‘Silent Messages’, yang diterbitkan awal tahun 1971 di mana beliau merumuskan bahawa 55% daripada bahasa badan (tingkah laku) dan visual penampilan juga 38% daripada intonasi (bunyi) suara individu itu yang pertama diingati sebaik pertemuan sesingkat 7 saat pertama. Dan baki peratusan 7% pula , dinilai melalui setiap perkataan yang kita gunakan. Suka atau tidak, impak ‘first impression’ sebanyak 93% ini sebenarnya banyak merujuk dan dinilai berdasarkan kepada komunikasi bukan lisan seseorang individu.

Bagaimana dengan anda? Apakah 3 perkataan yang boleh anda rumuskan tentang keseluruhan imej anda hari ini? Sudahkah anda bersedia untuk melangkah ke tahun baru dengan sentuhan imej yang lebih segar dan memberi impak ?

Membina jenama imej peribadi

Imej anda terbentuk dari keseluruhan personaliti, sikap, tingkah laku, latarbelakang akademik, kemahiran , pengalaman, juga nilai-nilai peribadi. Bagi membantu anda menonjol di dalam pasaran  atau persekitaran yang kompetitif , pastinya anda harus mengenali diri sendiri agar tampil lebih autentik dan unik menggunakan kekuatan kemahiran berkomunikasi juga imej penampilan diri.

Melangkah ke tahun baru Januari ini , pastinya ramai graduan yang akan memasuki alam pekerjaan , ada pula yang mengimpikan kenaikan pangkat, yang kembali bekerja selepas bersalin atau yang mula berjinak-jinak dengan sektor perniagaan dan bidang keusahawanan. Apapun pilihan anda hari ini , siapa pun anda, jawatan, industri , latarbelakang akademik dan pengalaman – mulakan langkah pertama dengan mengenalpasti visi, misi, objektif peribadi , matlamat malah nilai-nilai peribadi.

mission-vision-values1

Mengenalpasti ‘sweet-spot’ peribadi

‘Sweet-spot’ anda merupakan niche pasaran yang benar-benar unik hanya untuk anda.  Jom kenalpasti

  1. Kenapa ia penting untuk anda – dengan mengenalpasti tujuan atau misi kehidupan
  2. Identiti peribadi – kenalpasti bakat, kemahiran , dan personaliti diri
  3. Sasaran pasaran –  kenalpasti individu, syarikat, yang anda ingin bekerja sama
  4. Apa yang anda mampu tawarkan – kenalpasti idea atau ilmu yang boleh dikongsikan berdasarkan latarbelakang akademik , kemahiran juga pengalaman lalu

Nah…bagaimana? Bolehkah anda kaitkan senarai di atas dengan senario menghadapi sesi temuduga kerja , atau proses kenaikan pangkat ? Ia bukanlah sekadar ‘wish-list’ yang boleh kita minta-minta dengan bakal majikan atau ketua pejabat, tetapi ia memerlukan anda berfikir dan bertindak dengan lebih bijak. Ia merupakan sebahagian daripada proses penjenamaan imej peribadi. Ya, bunyinya agak serius , dan tentunya ia penting untuk anda, jika anda benar-benar serius untuk melakukan perubahan dalam kehidupan!

‘Everybody wants to be a diamond, but very few are willing to get cut’. Ya, saya suka dengan petikan ini dan percaya, ramai antara pembaca di sini, yang sangat mengimpikan kejayaan karier dengan memiliki jawatan yang baik, atau mempunyai perniagaan yang sukses. Tetapi sayangnya , berapa ramai agaknya yang benar-benar yang mengambil inisiatif untuk berfikir sejenak dan membuat refleksi diri , tentang kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Apakah antara jurang tersebut , yang boleh diperbaiki dan diperkukuhkan demi mempertingkatkan pembangunan sahsiah diri ?

Jawatan yang baik atau perniagaan yang sukses memberikan gambaran tahap kejayaan dan kekukuhan kewangan seseorang individu itu. Secara peribadi, saya tidak menganggap kejayaan itu sebagai memiliki harta kekayaan yang menggunung. Sudah tentu maksud kejayaan ini sangat berbeza dari seseorang individu kepada individu yang lain, dan tentunya bukan hanya bertumpu kepada harta benda sahaja. Jadi , anda tidaklah begitu terkesan melihat kejayaan orang lain , sedangkan kejayaan itu sendiri sangat subjektif maksudnya. Pun begitu, kita tidak boleh hanya duduk menunggu hasil , jika tiada langsung usaha ke arah itu, bukan ?

‘Dress for the job that you want, not for the job that you have’

  1. Kenalpasti visi, misi , objektif kehidupan juga nilai peribadi itu tadi.
  2. Buat carian di Google , tentang bagaimana ikon yang berjaya , mungkin juga idola anda menonjolkan jenama peribadi mereka. Pastikan industri mereka sama dengan anda, sekurang-kurangnya agar visi, misi dan objektif tidak lari dari fokus
  3. Mulakan dengan menyenarai mesej imej yang anda ingin tonjolkan. Ia penting dan harus kongruen dengan nilai-nilai peribadi. Contoh seorang berpangkat Eksekutif haruslah konsisten dengan kod pakaian yang lebih formal , bergaya klasik , tradisional , fabrik yang lebih tegap (firm fabric) dan dijahit lurus , warna yang menampilkan lebih kewibawaan (autoriti)
  4. Melabur untuk diri sendiri – Jangan sesekali berasa rugi untuk melabur demi pembangunan sahsiah diri. Ia membantu bukan sahaja dari peningkatan keyakinan dan harga diri, walaupun nampak kecil, tetapi impak jangka masa panjangnya sangat menguntungkan.