Profil Emi Idura

Puan Emi Idura Che Hashim, merupakan Pengasas, Pengarah Urusan dan juga Perunding Prinsipal Top2ToeStyliesta Image Consulting , diakreditasi dan ditauliahkan di peringkat antarabangsa sebagai Perunding Imej Dan Warna Profesional daripada Institut imej terkemuka dunia London Image Institute, United Kingdom. Di Malaysia, pada hari ini, hanya 2 orang yang telah berjaya ditauliahkan dari institusi tersebut.

Dengan pengiktirafan oleh Puan Lynne Henderson Marks, selaku Presiden London Image Institute dan salah seorang Perunding Imej Master terkenal di dunia, membolehkan Puan Emi diakreditasi sebagai wanita Muslimah pertama Malaysia yang ditauliahkan dari pusat imej terkemuka itu. Sebelum diakreditasi oleh London Image Institute, beliau memperoleh pensijilan di dalam Penguasaan Bahasa Universal Analisis Warna oleh Puan Ferial Youakim, dari ByFerial Image Consulting & Training, Australia dan juga pensijilan di dalam program professional, Etiket di Meja Makan Majlis Rasmi oleh Charleston School of Protocol and Etiquette, Amerika Syarikat.

Berpengalaman lebih 17 tahun di syarikat-syarikat korporat, dan sedekad bersama syarikat gergasi utama GLC atau Syarikat Berkaitan Kerajaan di Kuala Lumpur, Khazanah Nasional Berhad , Puan Emi memulakan karier beliau sebagai Konsultan Imej Korporat dengan menawarkan program berfokuskan “Penjenamaan Imej Peribadi dan Penampilan Profesional” yang merangkumi modul Kecemerlangan dalam Pembetukan dan Pengurusan Imej Korporat , Etiket Perniagaan dan Protokol , Etiket dan Tatacara di Meja Makan Majlis Rasmi, Komunikasi Efektif Perkhidmatan Pelanggan dan Bengkel Hijab (Gaya bertudung buat Muslimah Profesional) kepada syarikat seperti Khazanah Nasional Berhad, Yayasan Khazanah, Petronas, UMW Corporation Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad, Puteri Umno Malaysia, DRB Hicom, Media Prima, IOI Group, International Islamic Universiti Malaysia (IIUM), Lembaga Zakat Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain.

Akhir tahun 2013, melonjakkan perjalanan dan karier beliau sebagai Perunding Imej , apabila berpeluang bekerjasama dengan penyanyi popular tanahair, Hajjah Mizz Nina yang ketika itu baru pulang dari menunaikan haji. Sebagai penata gaya hijab (stailis) dan perunding imej kepada Mizz Nina, yang kini memiliki busana Muslimah, Madeena sejak akhir tahun 2013, membolehkan Puan Emi terbang ke luar negara untuk tugasan membeli belah bersama (personal shopping) , menata gaya hijab Mizz Nina untuk sesi fotografi majalah, menata gaya model untuk fotografi komersial Madeena dan pertunjukan fesyen Muslimah sempena Being Me – Empowered Muslimah International Conference , bertempat di Putrajaya International Convention Centre dalam mempamerkan rekaan dan koleksi terbaru Madeena pada pertengahan 2014.

Sebagai usahawan dan individu yang berwawasan jauh, Puan Emi Idura secara peribadi telah dipilih mewakili Kuala Lumpur pada awal tahun 2014, sebagai Duta Hari Hijab Sedunia . Setakat ini, Hari Hijab Sedunia telah diraikan 2 tahun berturut-turut dengan kolaborasi bersama Mizz Nina dan mendapat liputan meluas di media massa, berikutan penglibatan beliau sebagai Duta Hari Hijab Sedunia 2015 dan 2014, seperti di RTM TV1, TV Al Hijrah, Harakah English Daily, Astro Awani, Berita Harian, Utusan Online, The Star, Bernama News Online. Puan Emi juga dipanggil untuk menjayakan slot Safiyya TV9 bagi menjayakan topik ‘Selfie’, selain dipilih oleh media cetak Sinar Harian untuk diketengahkan di dalam ruangan Wanita Oh Wanita (WOW) Personaliti Hebat , Berita Harian di dalam ruangan Famili dan Utusan Malaysia di dalam ruangan ‘Mega’.

Awal Julai 2015 baru-baru ini, Puan Emi telah dipelawa untuk menjadi kolumnis tetap ‘Bicara Imej’ di bawah Utusan Malaysia Mega , di mana setiap minggu beliau akan menghasilkan artikel berkenaan dengan Wanita dan Penjagaan Imej. Artikel pertama beliau “Warnai Diri Anda dengan Mesej Positif” telahpun disiarkan pada hari Rabu 5 Ogos 2015 yang lepas.

Dengan visi dan aspirasi untuk mendidik individu dan organisasi di Malaysia, memberikan peluang untuk mereka belajar sambil meningkatkan pembangunan diri dengan mewujudkan program kesedaran bahawa pentingnya penampilan diri seseorang, tingkah laku dan komunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan menitik beratkan penjenamaan imej peribadi di dalam program “Menguasai Sains Dan Seni di sebalik Tanggapan Pertama” dan “Siri Program Profesional 3K – Keyakinan, Kredibiliti dan Karisma” melalui program kursus dalaman awam dan korporat , bengkel , seminar malah juga melalui konsultasi secara individu ataupun perseorangan.

Sebagai seorang Perunding Imej yang diakreditasi di peringkat antarabangsa, Puan Emi Idura telah dipilih mewakili Malaysia dan dilantik selaku “Associate” pertama kepada Institute of Image Training and Testing International (IITTI) yang berpusat di Kanada. Komited untuk memberikan tambah nilai terbaik kepada pelanggan kami, Top2ToeStyliesta Image Consulting telah memperkenalkan satu bentuk program yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan mengadakan pemeriksaan ujian standard yang memberi manfaat kepada seluruh organisasi korporat mahupun kerajaan, pelajar lepasan ijazah dan penganggur yang mencari pekerjaan, di mana kertas ujian disediakan dan disahkan oleh Institut Latihan Imej dan Ujian Antarabangsa (IITTI – disebut sebagai ‘ET’) iaitu satu badan bukan untuk keuntungan (non profit organization) , sebuah organisasi pendidikan yang ditubuhkan oleh sekumpulan Perunding Imej dan Etiket yang berpengalaman dan bertauliah daripada Persatuan Perunding Imej Antarabangsa (AICI), satu-satunya badan profesional terbesar di dunia buat Perunding Imej peribadi dan korporat.

Majikan, terutamanya kakitangan Sumber Manusia syarikat boleh menggunakan peperiksaan dalam talian ini sebagai medium penilaian untuk menentukan tahap pengetahuan dan pemahaman pengurusan imej peribadi dan profesional , etiket perniagaan, dan amalan dandanan peribadi , baik untuk kakitangan syarikat mahupun pemohon atau calon temuduga.

Dengan pensijilan IITTI – tentunya ia salah satu cara yang bijak dan paling efektif dalam mengukur Pulangan Pelaburan Syarikat (Return of Investment).

Mulakan pengalaman penjenamaan imej peribadi & profesional anda dengan kami, hubungi Perunding Imej anda, Top2ToeStyliesta Image Consulting hari ini!